≡ Menu

Bolehkah Melaga Ikan Walaupun Tanpa Melibatkan Pertaruhan

Bolehkah Melaga Ikan Walaupun Tanpa Melibatkan Pertaruhan

Perbuatan menyabung bermaksud melaga atau mempertaruhkan nyawa sesuatu. Kebiasaannya, kita akan mendengar ada permainan atau perlawanan menyabung ayam atau ikan di kawasan-kawasan kampung dan jarang didengar di kawasan bandar.

Perlawanan ini juga biasanya boleh membawa kepada judi kerana mereka mempertaruhkan sesuatu. Pernah dengar kisah Pak Pandir yang mempertaruhkan ayam kesayangannya kerana yakin dengan kemenangan yang bakal diraih, padahal di pengakhirannya dia telah kalah. Bukan sahaja ayam tergadai, malah juga maruah.

Walaupun ia merupakan kisah rakyat yang sering diceritakan dalam dunia kanak-kanak kita, namun tidak salahnya untuk kita mengambil pengajaran daripadanya.

Namun, bukan kisah Pak Pandir yang ingin kita bahaskan di sini. Persoalannya ialah, adakah boleh melagakan ikan, menyabung ayam atau mana-mana haiwan lain walaupun tanpa melibatkan perjudian atau pertaruhan terhadap kemenangan dan kekalahan tersebut?

Jumhur ulama bersepakat bahawa hukumnya adalah haram kerana ia boleh memberikan kesakitan kepada haiwan-haiwan ini bahkan tidak membawa manfaat dan faedah kepada binatang tersebut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ التَّحْرِيشِ بَيْنَ الْبَهَائِمِ

Maksud: “Rasulullah SAW menegah daripada melaga-lagakan antara binatang ternakan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2562)

Antara sebab dilarang melaga-lagakan haiwan adalah:

#1 – Menyakiti Binatang

وَوَجْهُ النَّهْيِ أَنَّهُ إيلَامٌ لِلْحَيَوَانَاتِ وَإِتْعَابٌ لَهَا بِدُونِ فَائِدَةٍ بَلْ مُجَرَّدُ عَبَثٍ

Maksud: “Dan sudut larangan (dalam hadis ini) ialah perbuatan melaga-lagakan itu mendatangkan kesakitan kepada haiwan-haiwan itu dan meletihkan mereka dengan perbuatan itu tanpa apa-apa faedah (yang diiktiraf syarak) bahkan sia-sia semata.” (Kitab Nail al-Autar)

#2 – Bukan Perbuatan Umat Islam

Berdasarkan pandangan yang dinyatakan oleh Mufti Wilayah, perbuatan ini bukanlah satu amalan yang baik. Amalan ini juga pernah berlaku pada zaman Nabi Nuh AS – mereka bergantung kepada amalan pemujaan berhala dan juga mengundi nasib.

BACA:  Hukum Jual Beli Baja Daripada Najis Haiwan

Kesimpulan

Islam menggalakkan umatnya untuk berlaku ihsan terhadap haiwan. Jika hendak membunuh, maka perlu dibunuh dengan baik (dengan cara yang kurang menyakitkan).

Sama ada bertaruh itu melibatkan judi atau tidak, haram hukumnya kerana ia menyakitkan haiwan tersebut.

Wallahu a’alam.

 

Sumber: Mufti Wilayah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel