≡ Menu

Bila Malam Lailatul Qadar 2021 di Malaysia dan Tanda-tanda

Bila Malam Lailatul Qadar 2021 di Malaysia dan Tanda-tanda

Pengiraan Hari Dan Tarikh Serta Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Bulan Ramadhan mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain, antara kelebihannya yang pasti dinanti-nantikan oleh umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia adalah satu malam penuh keberkatan yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatulqadar.

Bilakah Malam Lailatul Qadar

Tiada hari atau tarikh yang spesifik (khusus) berhubung dengan kedatangan Lailatul Qadar. Dalam erti kata lain, tidak ada sesiapa yang mengetahui Lailatul Qadar secara tepat. Sungguhpun begitu, ada saranan daripada Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya: “Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari).

Cara Mengetahui Dan Mendapatkan Malam Lailatul Qadar

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bagi mengetahui serta mendapatkan Malam Lailatul Qadar, caranya adalah mudah iaitu umat Islam disarankan beribadat dengan bersungguh-sungguh pada setiap malam bulan Ramadan dari awal hingga malam terakhir Ramadhan. Sekiranya kita beristiqamah, insya-Allah, yakinlah akan ada suatu malam yang bernama Lailatul Qadar.

Tanda-Tanda Dan Isyarat Malam Lailatul Qadar

Menjadi Persoalan mengenai malam Lailatulqadar akan muncul serta tanda-tandanya. Berdasarkan rujukan penulis, terdapat banyak riwayat dan pandangan ulama mengenai tanda-tanda malam lailatulqadar. Tanda-tanda kedatangan Lailatulqadar juga ada disebut dalam hadis yang sahih. Antaranya, apabila datangnya malam lailatul qadar bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air, suasana sangat tenang, nyaman dan tenteram, tidak panas dan tidak sejuk….

Pendapat jumhur ulama (majoriti ulama) menyatakan bahawa malam Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir Ramadan daripada malam-malam yang ganjil. Yakinlah bahawa hanya ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui bilakah tarikh dan waktunya yang sebenar.

BACA:  Siapa-Siapa Membaca Surah Ini 7 Kali Pada Tiap-Tiap Lepas Sembahyang, Nescaya Terlepas Daripadanya Kesusahan Dan Dimudahkan Oleh Allah S.W.T. Akan Rezekinya.

Amalan Untuk Mendapatkan Lailatul Qadar

1. Solat Fardu Secara Berjemaah. Solat berjemaaah pahalanya lebih besar iaitu 27 darjat dibandingkan solat sendirian.

2. Mendirikan Solat Malam (Qiamulai). Termasuk solat tarawih, solat tahajud mahupun solat witir….

3. Membaca Al-Quran. Sangat dianjurkan pada bulan Ramadhan untuk sebanyak-banyaknya khatam atau tartil.

4. Memperbanyakan Berzikir Dan Istighfar. Berzikir bermaksud kita mengingati Allah SWT, baik dalam bentuk lisan mahupun perbuatan.

5. Memperbanyakan Doa. Kerana doa-doa yang dipanjatkan pada bulan Ramadan akan diijabah atau dikabulkan oleh Allah SWT.

Tarikh Bila Malam Lailatul Qadar Dan Tanda-Tandanya

Sepertimana yang dinyatakan berdasarkan pendapat jumhur ulama (majoriti ulama), malam Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir Ramadan daripada malam-malam yang ganjil. Oleh itu, kita sebagai umat Islam tetaplah bersedia setiap malam Ramadhan dengan beribadat bersungguh-sungguh, menurut ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar….

Lampiran Senarai Tarikh 10 Malam Terakhir Ramadhan…

Bila Malam Lailatul Qadar 2021 di Malaysia dan Tanda-tanda
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel