≡ Menu

Berpuasa Tapi Masuk Neraka?

1. Seorang sahabat mengadu kepada Rasulullahﷺ tentang seorang perempuan yang berpuasa, tetapi suka menyakiti jirannya. Sahabat tersebut bertanya:

إِنَّ فُلَانَةَ تُصَلِّي اللَّيْلَ ، وَتَصُومُ النَّهَارَ ، وَفِي لِسَانِهَا شَرٌّ تُؤْذِي جِيرَانَهَا سَلِيطَةٌ ، قَالَ : لَا خَيْرَ فِيهَا ، هِيَ فِي النَّارِ

Maksudnya: (Wahai Rasulullahﷺ), terdapat seorang perempuan yang bangun Qiyamullail dan berpuasa pada siang hari, tetapi dia menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Rasulullah lantas bersabda: Tiada kebaikan di dalam amalannya. Sesungguhnya dia di dalam neraka.

2. Ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. Sabda Rasulullahﷺ:

مَن لم يَدَع قولَ الزور والعملَ به والجهل، فليس لله حاجة أن يدَع طعامه وشرابه

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang tidak elok malah beramal dengannya serta (tidak meninggalkan) kejahilan, maka tiada gunanya di sisi Allah buat mereka yang meninggalkan makan dan minum mereka itu.

3. Hadith ini mengingatkan kepada kita bahawa, dalam menyambut bulan Ramadan ini hendaklah kita menjaga kualiti puasa kita. Kita bukan sahaja perlu menahan diri dari makan minum sahaja bahkan kita seharusnya mengelakkan diri dari menyakiti saudara Muslim kita.

Selamat datang Ramadan. Semoga Allah kurniakan kita ganjaran yang besar dalam bulan Ramadan.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Mutiara Hikmah Para Salaf