≡ Menu

Berendam Dalam ‘Besen’, Doktor Saran Amalkan “Sitz Bath” Untuk Yang Ada Masalah Buasir, Sembelit Kronik

Berendam Dalam ‘Besen’, Doktor Saran Amalkan “Sitz Bath” Untuk Yang Ada Masalah Buasir, Sembelit Kronik

Bukan mudah bagi sebahagian orang yang menghidap buasir untuk melalui hari-hari biasa, terutama apabila ingin membuang air besar.

Rasa tidak selesa dan sakit pada sekitar dubur (anus) serta pendarahan ketika membuang air besar pastinya mendatangkan ketidakselesaan.

Menurut Mayo Clinic, terdapat dua jenis buasir iaitu luaran dan dalaman. Buasir dalaman kebiasaannya tidak dapat dilihat atau dirasa, namun tekanan ketika membuang boleh menyebabkan pendarahan.

Buasir yang terkeluar daripada lubang dubur boleh menyebabkan rasa sakit dan iritasi.

Antara punca buasir ialah amalan sodomi, duduk terlalu lama di mangkuk tandas, sembelit, obesiti, hamil dan sering mengangkat objek berat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Baru-baru ini, seorang doktor berkongsi saranan untuk mereka yang mempunyai masalah buasir dan sembelit kronik.

Kongsi Dr. Nimelesh, penghidap buasir atau sembelit kronik boleh mengamalkan sitz bath selama kira-kira 20 minit selepas setiap kali membuang air besar.

Caranya adalah dengan berendam dalam air suam.

Selain itu pesan beliau, perubahan diet juga membantu individu buasir untuk membuang dengan lebih mudah.

 

BACA:  Ikan Haruan Sembuhkan Luka Bersalin, Tetapi Ramai Yang Tersilap Cara Penyediaannya

Sumber: Dr. Nimelesh via siakapkeli.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel