≡ Menu

Belajar Pengajian Islam Sambil Bekerja, Mualaf Berjaya Mendapat Ijazah

Belajar Pengajian Islam Sambil Bekerja, Mualaf Berjaya Mendapat Ijazah

Kumaran Nagapa adalah seorang Pekerja Sosial yang aktif menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di Pekan Bestari Jaya (Batang Berjuntai) sejak tahun 2013. Pada tahun 2019, beliau telah mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di OUM Kuala Selangor dalam bidang Pengajian Islam.

Antara cabaran utama yang dihadapinya pada peringkat awal adalah dari aspek pengurusan masa. Sebagai seorang yang sentiasa aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan, adalah agak sukar untuk mengimbangi keperluan semasa dalam masyarakat, kerjaya, keluarga dan pendidikan. OUM menjadi pilihan beliau kerana rangka pembelajaran OUM yang selesa dan sesuai bagi pelajar yang sudah berkerja.

Keduanya adalah kerana lokasi OUM yang berdekatan dan ketiga adalah disebabkan kursus yang ditawarkan oleh OUM memenuhi keperluan akademik yang beliau minati. Sebagai seorang yang hanya mempunyai sijil peperiksaan SPM, adalah agak sukar untuk beliau menyambung pengajian ke peringkat tinggi (Ijazah Sarjana Muda) mengikut saluran biasa. Kemasukan melalui APEL yang ditawarkan oleh OUM banyak membantu beliau untuk kembali belajar tanpa perlu menduduki program pengajian asas sekaligus dapat menjimatkan masa dan wang.

Belajar Pengajian Islam Sambil Bekerja, Mualaf Berjaya Mendapat Ijazah

Beliau berkata, perubahan paling ketara yang dialami adalah dari aspek pengurusan masa selain dapat mempelajari banyak perkara yang berguna dalam bidang pekerjaanya. Kualiti penulisan dan penyediaan laporan juga menunjukkan peningkatan yang ketara.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Beliau berpendapat tiada usia maksima untuk kembali menelaah buku. Pendidikan adalah untuk sepanjang hayat namun apa yang dipelajari dan ilmu yang akan ditinggalkan mungkin diperlukan oleh generasi akan datang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel