≡ Menu

Amalan Memagar Rumah Dengan Ayat Al-Quran, Boleh Atau Tidak?

Amalan Memagar Rumah Dengan Ayat Al-Quran, Boleh Atau Tidak?

Amalan memagar rumah bukanlah hal yang asing dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Malah kita akan lebih kerap mendengar amalan ‘memagar rumah’ apabila berlakunya gangguan-gangguan pelik dan seram ke atas sesebuah keluarga. Lalu ustaz akan dipanggil bagi membersihkan rumah daripada gangguan yang tidak nampak dek mata kasar seterusnya memagar rumah tersebut daripada diceroboh kembali oleh ‘makhluk halus’.

Secara mudahnya, dapatlah kita fahami bahawa gangguan yang dimaksudkan di sini sebenarnya adalah gangguan jin dan syaitan yang boleh bertukar ke dalam pelbagai bentuk bertujuan untuk mengganggu dan menakutkan manusia sahaja.

Sesetengah orang mungkin berpandangan bahawa gangguan-gangguan ini berlaku dalam masyarakat Melayu sahaja. Namun ia tidak benar, kerana pada zaman Rasulullah SAW juga, ia pernah berlaku kepada sahabat baginda, Ubai bin Ka’ab.

Diceritakan dalam sebuah hadis bahawa beliau mempunyai tempat pengeringan kurma. Kemudian beliau mendapati bahawa kurma yang dalam penjagaannya berkurangan. Tiba-tiba muncul seekor binatang sebesar anak yang baru baligh. Lalu Ubai bertanya kepadanya,

“Apakah engkau jin atau manusia?”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Binatang itu menjawab, “Aku adalah jin”.

Jin tersebut telah berkata kepada Ubai bahawa mereka mendengar bahawa Ubai seorang yang pemurah lalu mereka ingin mendapatkan sebahagian makanan miliknya.

“Telah sampai berita kepada kami bahawa engkau suka bersedekah. Maka aku ingin mendapat sebahagian daripada makanan yang engkau hendak sedekahkan itu.”

Ubai kembali bertanya kepada jin tersebut, “Apakah yang dapat melindungi kami daripada gangguanmu?” Jin tersebut berkata: “Ayat ini, iaitu ayat Kursi.” Keesokan harinya, Ubai menceritakan apa yang dikatakan oleh jin tersebut kepada Nabi SAW, maka Nabi SAW bersabda: “Jin itu benar.” (Riwayat Al-Nasaie, no. 10796)

BACA:  Bolehkah Perempuan Haid Melakukan Sujud Syukur

Selain itu, kita juga diajar untuk membaca bismillah dan mengingat Allah saat ingin masuk ke dalam rumah agar kediaman tidak diganggu oleh syaitan.

Dato’ Dr. Haron Din pernah mengulas tentang isu memagar rumah dan kediaman, beliau menyebutkan bahawa sebaik-baik cara bagi memagar rumah adalah dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran di dalam rumah.

Bukan itu sahaja, amalan solat sunat juga perlu sentiasa didirikan di dalam rumah agar rumah tidak sunyi dan gelap seperti kuburan.

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapatlah difahami bahawa membacakan ayat-ayat ruqyah dan perlindungan kepada diri serta kawasan tempat tinggal kita adalah hal yang dibolehkan dalam Islam.

Lebih baik jika ia bukan hanya sekadar dibaca oleh orang-orang tertentu. Tidak perlu tunggu ustaz datang untuk ‘memagar’ rumah kita daripada diganggu oleh jin dan syaitan namun sebagai penghuni rumah, diri sendirilah yang terlebih dahulu perlu melindungi tempat tinggal sendiri dengan amalan membaca Al-Quran serta solat.

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan via tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel