≡ Menu

3 Kelebihan Zikir Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah

3 Kelebihan Zikir Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah

Setiap dari kita pasti mempunyai zikir yang sering diamalkan. Tak kisahlah apa jua bentuk zikir yag diamalkan dan pada bila-bila masa yang dibaca, pasti ia merupakan sebuah kalimat yang boleh memberi ketenangan kepada diri sendiri.

Apabila diamati, ada banyak jenis zikir. Ia merupakan salah satu bentuk pendekatan manusia kepada Allah, tuhan pencipta alam. Ia juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan dalam apa jua bentuk sama ada di hati mahupun ucapan lisan.

Contohnya, sambil-sambil anda sedang bersiap untuk pergi kerja, bibir anda boleh sahaja mengungkapkan kalimat zikir. Tak perlu tunggu sehingga selesai solat untuk berzikir kerana ia boleh dilakukan bila-bila masa.

Seperti mana yang kita ketahui, setiap zikir mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Entri kali ini akan melihat kelebihan zikir لاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ (Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah) melalui dalil yang ada.

#1 – Maksud Kalimat Ini

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ia adalah kalimat yang ringkas, namun mempunyai makna yang cukup besar. Maksud zikir ini ialah – “Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Maksudnya sahaja sudah mampu menggambarkan mengenai pengabdian dan perhambaan manusia terhadap Allah.

Ia merupakan kalimat yang berbentuk kepasrahan diri kepada Allah. Setiap apa yang kita lakukan perlulah meletakkan kebergantungan kepadaNya.

#2 – Anjuran Daripada Nabi SAW

قَالَ مَرَرْتُ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِي يَا حَازِمُ أَكْثِرْ مِنْ قَوْلِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ

BACA:  5 Pengajaran Dari Surah Yusuf Mampu Membantu Kita Hidup Lebih Baik

Maksud: “Aku duduk dekat dengan Nabi SAW, maka Baginda berkata kepadaku: “Wahai Hazim, perbanyakkanlah mengucapkan kalimat Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah (tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah) kerana ia adalah bahagian dari simpanan syurga.” (Hadis Riwayat Ibn Majah, no. 3826)

#3 – Pembuka Rezeki

Sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Nawawi – “Diriwayatkan di dalam hadis juga bahawa apabila kebimbangan hinggap di hati seseorang lalu ia membaca Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah, nescaya Allah akan membuka jalan keluar baginya (maksudnya Allah mengurangi beban kesulitannya).”

Kesimpulan

Setiap zikir pasti mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Yang pastinya, ia merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Amalkanlah zikir ini dengan ikhlas supaya hati kita sentiasa terikat denganNya.

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel