≡ Menu

Hukum Berniaga Tanpa Permit Atau Lesen

Hukum Berniaga Tanpa Permit Atau Lesen

Hukum asal sesuatu perniagaan adalah harus dalam Islam kecuali jika ada dalil yang melarang. Kini pelbagai kaedah telah diguna pakai oleh peniaga dalam memudahkan urusan jual beli tidak kira secara dalam talian atau secara nyata.

Tidak kurang ada yang memilih cara mudah untuk berniaga iaitu tanpa lesen perniagaan atau tanpa permit dengan membuka warung perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan berniaga oleh pihak berkuasa tempatan. Adakah pendapatan yang diperoleh dikira haram?

Antara syarat yang telah dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap peniaga dan penjaga iaitu:

1. Tidak dibenarkan penjaja menjalankan perniagaan dalam lingkungan jarak tertentu dari simpang jalan.

2. Larangan menjalankan perniagaan di atas tangga kaki lima atau siar kaki awam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

3. Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di mana-mana kawasan yang difikir boleh menimbulkan masalah gangguan kepada lalu lintas dan pejalan kaki.

Arahan pihak pemerintah ini sebenarnya selari dengan peringatan daripada Rasulullah SAW sendiri iaitu tidak membenarkan apa jua gangguan kepada orang ramai.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ubadah Bin Somit. Kata beliau:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَضَى أَنْ لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menetapkan bahawa tidak boleh memudaratkan (orang lain) dan tidak boleh membalas mudarat (dengan mudarat).” (Riwayat Ibnu Majah, no.2340)

Bahkan membuang sesuatu yang mudarat di jalanan juga dikira sebagai sedekah dan mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah. Rasulullah SAW bersabda:

لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

Maksudnya: Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki bermundar-mandir di dalam Syurga, (dia masuk ke dalam Syurga) atas perbuatan baiknya iaitu memotong sepohon pokok yang berada di tengah-tengah jalan, yang sejak lama menganggu orang ramai yang lalu-lalang di situ. (Riwayat Muslim, no.1914)

BACA:  Bolehkah Menunda Pembayaran Hutang Walaupun Mampu

Kita perlu memahami bahawa syarat yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah ini bukan bertujuan menyukarkan para peniaga namun adalah berdasarkan pertimbangan kebaikan dan keburukan untuk orang ramai secara umum.

Justeru, dalam keadaan ini, rakyat wajib mematuhi arahan yang telah dikeluarkan dan wajib juga mempunyai lesen perniagaan kerana ia boleh membawa kebaikan dan keselamatan kepada individu yang berniaga serta masyarakat.

Walau bagaimanapun, menurut pihak Mufti Wilayah Persekutuan, hasil pendapatan daripada perniagaan tanpa lesen atau yang dijalankan di lokasi yang dilarang adalah tetap halal selagi barangan yang dijual adalah halal, akadnya benar dan tidak melibatkan penipuan mahupun kezaliman.

Hal ini kerana hukum berkaitan akad jual beli serta hukum mentaati peraturan pemerintah adalah dua hal yang berbeza. Melanggar arahan pemerintah boleh membawa dosa lain iaitu ancaman keselamatan, ketidakadilan kepada peniaga lain yang memohon lesen dan pelbagai lagi. Justeru, cara yang benar yang digunakan untuk berniaga InsyaAllah akan mendatangkan keberkatan jua di akhirnya. InsyaAllah.

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel