≡ Menu

2190 Orang Sertai Program Rawatan Dan Pemulihan Kecelaruan Gender Sejak 2019 – JAKIM

2190 Orang Sertai Program Rawatan Dan Pemulihan Kecelaruan Gender Sejak 2019 – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius usaha mereka untuk membendung dan membantu proses pemulihan golongan LGBT.

Hal ini dilihat melalui sebuah gerakan yang dirancang dengan pelbagai program dan modul yang telah dilakukan agar mereka tidak tersisih dan boleh dirawat.

Program Rawatan Dan Pemulihan Komuniti LGBT yang telah diadakan sejak tahun 2011 telah menyediakan pelbagai aktiviti yang berbentuk pendidikan, rawatan dan pemulihan.

Seramai 1700 orang yang telah menyertai program tersebut dan meningkat kepada 2190 orang pada tahun 2019. Ia bukan sahaja diikuti oleh golongan LGBT, tetapi juga masyarakat awam.

Sejak 2019, seramai 1900 peserta daripada masyarakat awam, 200 orang peserta daripada kumpulan transgender, 50 peserta daripada kumpula gay dan 40 peserta daripada kumpulan lesbian yang telah menyertai program ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Antara program yang dirancang ialah Kem Ibadah Komuniti Kebangsaan untuk komuniti Transgender dan Gay, Program Mukhayyam untuk komuniti lesbian, Forum Hijrah Fitrah (Komuniti Hijrah), Program Penghayatan Islam (mencegah kehidupan songsang kepada banduan wanita), Program Mukhayyam kepada komuniti Gay dan beberapa program lain.

Untuk mengetahui maklumat berkenaan program-program ini, anda boleh layari laman JAKIM secara terus.

 

Sumber: JAKIM via tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah Umat Islam!