Soal Jawab Agama

Tips Mudah Untuk Bangun Solat Tahajud

Tips Mudah Untuk Bangun Solat Tahajud

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan: Ustaz, apakah yang boleh kita buat agar kita senantiasa istiqamah buat ibadah solat tahajjud ,kalau kita gagal istiqamah bangun ,adakah disebabkan makanan harian kita?

Jawapan:

Solat tahajud adalah salah satu solat sunat muakkadah yang sangat di tuntut dalam Islam. Kebaikan solat ini di jelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran . “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Surah al-Israa’ ayat 79)

Firman-Nya lagi yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18).

Cara Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajud.

1. Hal yang paling utama agar boleh bangun malam adalah minta tolong kepada Allah SWT dengan berdoa sebelum tidur. Jika sudah terjaga daripada tidur maka cepat-cepat bangun.

2. Biasakan tidur siang, 30 minit sebelum zuhur atau tidur selepas solat zuhur. Sabda Rasullah SAW “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah” (Hadis Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ? Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zuhur. Namun boleh juga dilakukan selepas Zuhur.

BACA:  Restu Ibu Bapa Dalam Perkahwinan

3. Tidur lebih awal, jangan biasakan tidur lewat yang menyebabkan sukar nak bangun tahajud. Selewat-lewatnya jam 11 malam.

4. Ketahui jadual tidur anda setiap malam, dengan begitu anda boleh menentukan jam malam anda untuk tidur sesuai dengan keinginan anda mau bangun jam berapa pun. Untuk mengetahuinya cubalah uji dengan tidur lebih awal, kemudian pasang jam locing dengan waktu 4 pagi jika terjaga cuba bangun dan mulakan solat 2 rakaat dulu.

5. Mintalah isteri anda untuk membangunkan anda pada sepertiga malam kerana biasanya wanita akan lebih mudah terjaga.

6. Anda juga boleh minta bantuan pada teman-teman untuk saling membangunkan baik melalui telefon mahupun sms, dengan begitu anda juga sudah menerapkan tolong menolong dalam kebaikan.

7. Banyak-banyak minum sebelum tidur, dengan begitu kita akan sering buang air kecil. Setiap kita buang air kecil maka minumlah kembali air putih yang banyak, dengan begitu kita akan mudah terjaga sampai pada waktu sepertiga malam.

8. Sebagai latihan, anda boleh mulakan bangun malam anda setengah jam sebelum subuh dan solat yang ringan, jika sudah terbiasa maka dipercepat lagi menjadi 1 jam sebelum subuh dengan jumlah rakaatnya ditambah, begitu seterusnya.

9. Berwuduk, membaca Al Quran sebelum tidur dan gunakan adab-adab dan cara tidur yang diajarkan Rasulullah SAW.

10. Jangan Makan terlalu banyak sebelum tidur, kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud.

11. Jangan tidur dalam keadaan berhadas besar kerana juga akan membuat kita malas untuk bangun tahajud.

12. Jangan berbuat maksiat, kerana setiap dosa yang kita lakukan akan membuat kita sukar bangun malam. Seterbiasa apapun anda bangun malam jika pada siang harinya anda berbuat maksiat maka insya Allah pada malam harinya anda akan akan untuk bangun malam.

BACA:  Hukum dan Adab Pertunangan Dalam Islam

Ini adalah beberapa cara yang boleh anda cuba lakukan agar mudah bangun malam. Semoga Tips Cara Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajud di atas boleh bermanfaat bagi anda semua.

5 Comments

  1. InsyaAllah

  2. Insyaallah saya mesti cuba

  3. Insya Allah, semoga dipermudahkan. 🙂

  4. Insya’allah
    Saya akn mencubanya😶

  5. Medical Card MAA Takaful

    Insyaallah…sy akan cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *