Semua Rezeki Datangnya dari Allah SWT

October 20th, 2011 | 11:51 pm | Tazkirah | 18 responses

Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semua­nya dikembalikan kepada Allah SWT.

Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan mem­buka rezeki seseorang.

Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.

Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.

Pada saya mungkin, restoran yang pertama, dibuka awal, tiada saingan, maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka, dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih berkualiti, muka ramai yang tertarik dan mengubah selera.

Sememangnya ada orang me­ngadu kepada saya bahawa pre­mis perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-­olah telah ditutup. Terpaksa berpindah ke tempat lain. Sedangkan restoran itu sebenarnya masih dibuka.

Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut. Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai con­toh ada ketika kita pernah kehilangan seuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.

Maka isteri, bertanya, “Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari cermin mata. Lalu dia memberitahu, “Itu cermin mata ada di atas meja”.

Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang diper­cayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.

Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan per­buatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan kea­daan sedemikian berlaku.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(18)

  1. 1

    bumi ini luas, rezeki pun luas

  2. 2

    alhamdulillah….

  3. 3

    salam ustaz..boleh tak ustaz bg artikel pasal rezeki anak..contohnya, kalau macam satu pasangan tuh nak dapatkan zuriat mesti ada org cakap, ada rezeki anak tu nanti..macam bila kita dapat anak akan ada rezeki datang..boleh ustaz terangkan dgn terperinci apa yg dimaksudkan dgn statement yg selalu saya dengar ”ada la rezeki anak tu nanti”….sebab ada org yg susah nak percaya..macam kawan saya dia nak mengandung, tapi suami dia ckp, kumpul duit dulu bagi cukup barula mengandung..sampaikan mereka boleh bergaduh dgn isu ini..suami dia ckp kena berfikir dgn realiti.kalau dah ada anak nanti,boleh ke nak sara anak…terima kasih ustaz..harap ustaz dapat beri penjelasan ni..

  4. 4

    Rezeki dari usaha kit bukan Allah. Segara kejayaan dari usaha kerajinan, pengalaman, kebijaksanaan, kemahiran, kepakara, kejujuran, kelayanan, pergaulan, pemasaran, kesesuaian tempt dll. Jadi jika seseorang tidak berjaya bukan takdir Allah tetapi adalah usaha seseorang. Oleh itu ajaran Kuno tidak boleh percayai. Pada zaman modern ini penuh saingan usahalah yang boleh dipercayai

    • 5

      Really now? kuno? Jika anda islam, mengucaplah kembali kalimah sahadah, semoga diberikan hidayah. Islam bukan hanya untuk zaman lampau, tetapi untuk selamanya.

      Rezeki bukan hanya tertakluk kpd harta, wang ringgit. Sepayah manapun anda berusaha, jika Allah tidak mengizinkan, anda tidak akan berjaya.

    • 6

      ASSALAMUALAIKUM..

      SEBAGAI SEORANG MUSLIM WAJIB MEMPERCAYAI BAHAWASANYA SEGALA REZKI ITU SEMEMANGNYA DTG DRP ALLAH,,APA YG KITA USAHAKAN ITU ADALAH APA YG KITA FIKIRKAN DAN SEMUA ITU ADALAH DRP GERAK DAN IZINNYA,,
      JIKA KITA KATA SEMUA ITU ADALAH DARI USAHA KITA,,SYA KATA TIDAK,,,REZKI BUKAN SAHAJA APA YG KITA NAMPAK @ YG KITA CAPAI @ YG KITA RASA,,,MALAHAN LEBIH DRP ITU,,
      UDARA YG KIYA SEDUT,,MATA YG KITA MELIHAT,,JANTUNG KITA YG BERGERAK,,TELINGGA KITA YG MENDENGAR,,KAKI TANGAN KITA YG BERGERAK,, LIDAH KITA YG MERASA,,TUBUH BADAN KITA YG BERGERAK,,SENDI,,OTOT,,UTAR SARAF,,DAN SEGALA-GALANYA ADALAH REZKI ALLAH..
      CUBA KITA MELIHAT KEMBALI KE BELAKANG WAKTU KEHIDUPAN KITA SEBAGAI MANUSIA..
      APA BILA LAHIR ADAKAH KITA MAMPU MELIHAT,?? TETAPI KITA MASIH DPT MENCARI PUTING SUSU IBU @ BOTOL..
      KITA BELUM BOLEH BERCAKAP,,TTP KITA MASIH DPT MAKANAN,,KETIKA KITA BELUM MAMPU BERJALAN ,,TTP KITA MASIH ADA PAKAIAN,,MAKAN MINUM,,DAKA ITU SEMUA DRP USAHA KITA,,
      SEGALANYA ALLAH DAH ATURKAN..SEHINGGAKAN UNTUK MENGUNYAH DAN MENELAN PUN KITA TIDAK MAMPU TAMPA IZIN ALLAH..CUBALAH FIKIR2KAN…
      JANGAN KERANA KITA DAH BOLEH BERGERAK,BERILMU,BERKEMAMPUAN,,MAKA KITA LUPA DAN SOMBONG DGN ALLAH..
      ..KATA GUTU SYA ITULAH KESESATAN YG SEBENAR,,JGN SAMPAI KITA SYIRIK KPD ALLAH,,,NANTI SIA2LAH HIDUP KITA,,SEBAGAIMANA SUMPAH ALLAH DI DLM SURAH AL AAS..

      ” SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DI DLM KERUGIAN
      MELAINKAN MEREKA2 YG BERAMAL SOLEH DAN BERPESAN-PESAN BENGAN KEBENARAN SERTA KESABARAN ”

      MENURUT KEFAHAMAN SYA SELEPAI MENDAPAT HURAIAN DRP GURU SYA ,,ADALAH RUGI MENJADI MANUSIA,,KERANA MANUSIA ITU SEMEMANG SIFATNYA MELAKUKAN KERUSAKAN DI MUKA BUMI,,MAKA JADILAH KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH YG MULIA DI SISI ALLAH YG MENCIPTAKAN SEKELIAN ALAM,..
      WALLAHUK A’LAM..

    • 7

      ASSALAMUALAIKUM..

      SEBAGAI SEORANG MUSLIM WAJIB MEMPERCAYAI BAHAWASANYA SEGALA REZKI ITU SEMEMANGNYA DTG DRP ALLAH,,APA YG KITA USAHAKAN ITU ADALAH APA YG KITA FIKIRKAN DAN SEMUA ITU ADALAH DRP GERAK DAN IZINNYA,,
      JIKA KITA KATA SEMUA ITU ADALAH DARI USAHA KITA,,SYA KATA TIDAK,,,REZKI BUKAN SAHAJA APA YG KITA NAMPAK @ YG KITA CAPAI @ YG KITA RASA,,,MALAHAN LEBIH DRP ITU,,
      UDARA YG KIYA SEDUT,,MATA YG KITA MELIHAT,,JANTUNG KITA YG BERGERAK,,TELINGGA KITA YG MENDENGAR,,KAKI TANGAN KITA YG BERGERAK,, LIDAH KITA YG MERASA,,TUBUH BADAN KITA YG BERGERAK,,SENDI,,OTOT,,UTAR SARAF,,DAN SEGALA-GALANYA ADALAH REZKI ALLAH..
      CUBA KITA MELIHAT KEMBALI KE BELAKANG WAKTU KEHIDUPAN KITA SEBAGAI MANUSIA..
      APA BILA LAHIR ADAKAH KITA MAMPU MELIHAT,?? TETAPI KITA MASIH DPT MENCARI PUTING SUSU IBU @ BOTOL..
      KITA BELUM BOLEH BERCAKAP,,TTP KITA MASIH DPT MAKANAN,,KETIKA KITA BELUM MAMPU BERJALAN ,,TTP KITA MASIH ADA PAKAIAN,,MAKAN MINUM,,ADAKAH ITU SEMUA DRP USAHA KITA,,
      SEGALANYA ALLAH DAH ATURKAN..SEHINGGAKAN UNTUK MENGUNYAH DAN MENELAN PUN KITA TIDAK MAMPU TAMPA IZIN ALLAH..CUBALAH FIKIR2KAN…
      JANGAN KERANA KITA DAH BOLEH BERGERAK,BERILMU,BERKEMAMPUAN,,MAKA KITA LUPA DAN SOMBONG DGN ALLAH..
      ..KATA GURU SYA… ITULAH KESESATAN YG SEBENAR,,JGN SAMPAI KITA SYIRIK KPD ALLAH,,,NANTI SIA2LAH HIDUP KITA,,SEBAGAIMANA SUMPAH ALLAH DI DLM SURAH AL AAS..

      ” SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DI DLM KERUGIAN
      MELAINKAN MEREKA2 YG BERAMAL SOLEH DAN BERPESAN-PESAN BENGAN KEBENARAN SERTA KESABARAN ”

      MENURUT KEFAHAMAN SYA SELEPAS MENDAPAT HURAIAN DRP GURU SYA ,,ADALAH RUGI MENJADI MANUSIA,,KERANA MANUSIA ITU SEMEMANG SIFATNYA MELAKUKAN KERUSAKAN DI MUKA BUMI,,MAKA JADILAH KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH YG MULIA DI SISI ALLAH YG MENCIPTAKAN SEKELIAN ALAM,..
      WALLAHUK A’LAM..

    • 8

      Berusahalah supaya saudara dapat hidup selama-lamanya. Gunakanlah segala sifat rajin, pengalaman, kebijaksanaan, kemahiran, kepakaran, kejujuran, kelayanan, pergaulan, pemasaran, kesesuaian tempat dll. Selamat berjaya.

  5. 9

    salam betty….sy bukanlah ustaz atau ustazah, tpi skadar nk berkongsi pndapat mengenai rezeki anak tuu…
    Sy penah knal ngn 1 family neh, mak ngan ayah penoreh getah..dorg dikurniakan anak 4 org..alhamdulillah, mak ngn ayah ne x penah mengeluh dgn anak2 mereka..sbb mereka percaya dgn janji Allah, iaitu setiap anak adalah rezeki..dan, disebabkan mereka sgt bersyukur dan sayang ngn anak2 mereka..diajar,dididik dgn penuh kasih sayang..Alhamdulillah..masing2 berjaya dan dapat tajaan JPA dan MARA…sekarang anak2 dah x mintak duit dari mak ayah lagi dah…duit hasil toreh getah tu bole kongsi untuk mereka berdua sahaja..dan Alhamdulillah jgak..dah 2 kali pasangan ne dijemput menunaikan haji di Tanah suci Mekah..di usia yg muda..belom pown 53 tahun~~~
    yg penting kita mesti yakin dgn kuasa Allah..=)

  6. 10

    Askm teruja bila baca salah sorang dari kita kata rezki bukan dari Allah, betul ke saudara. Baik saya bawa anda berfikir, nyawa kita atau setiap manusia adalah satu anugerah dan rezki dari Allah kepada kita, harapnya kita semua setuju. Jadi saya rasa saudara yg menyebut rezki bukan dr Allah ttp dr hasil usaha kita tadi pernah jumpa dgn org yg sedang sakit nazak nak mati kan? Org tersebut dan ahli keluarganya saya percaya tentu tlh berusaha sebaik mgkn untk menyembuhkan sakit yg menimpanya dan jika ia menimpa saudara pun saya rasa saudara dan ahli keluarga akan buat benda yang sama juga kan? Satu soalan saya nak tnya saudara setelah usaha dgn bersungguh2 org itu mati juga adakah boleh saudara pastikan simati itu terus hidup dan sihat seperti sedia kala? Kerana macam saya baca tadi saudara kata semua adalah hasil dari usaha kita kan? Kenapa mereka itu dah berusaha sehabis baik tapi org itu
    mati juga? Dan jika saudara adalah org yg tidak perlukan kekuasaan tuhan dlm menentukan rezki saya harap saudara kembalikanlah nyawa org yg mati itu dgn segera. Pada saya org yg dia sendiri menentukan kadar rezkinya sendiri mestilah seorang yg
    mempunyai kekuasaan yg sngt hebat dan boleh menentukan
    segalanya kan? Jadi saudara sebenarnya kadar rezki stiap org itu telah dtentukan Allah dgn kadar tertentu bg stiap makhluk namun begitu Allah itu tidak akan skalipun menzalimi hambanya yg bernama manusia ini, oleh itu Allah buka ruang untuk kita ber
    usaha dan berdoa agar kita dikasihani Allah agaq dapatlah kiranya dia merobah takdir kita. Namun apapun walau kita telah berusaha sbaik mgkn, keputusan ttp dtangan Allah kerana hanya dia yg tahu apa yg terbaik utk makhluknya sedang kita tdk tahu apa yg kita
    minta itu pd ketika itu adalah mgkn mendtgkan keburukan pd kita. Wallahhualam

  7. 11

    Orang yang kuat agama kebanyakan kurang yakin diri dan bila ia menghadapi masalah atau kegagalan ia akan mengatakan ini sudah ditakdirkan Allah. Orang seperti inilah kebanyakan tidak pandai berniaga dan adalah golongan pendapatan rendah. Orang yang pendapatan tinggi  kerana dari usaha kerajinan, pengalaman dll dan mereka yakin segala masalah pasti ada penyelasaian. Insaflah kamu rajin kerja lebih baik daripada rajin sembahyang.

    • 12

      Zaman baru….sembahyang adalah wajib x kira rajin @ tidak.
      Berniaga adalah ikut cara nabi. 9/10 rezeki adalah berniaga. X semestinya yg rajin sembahyang itu x tahu berniaga

    • 13

      asalamualaikum,,,wah terkesan pula dengan keterangan zaman baru,,,1 je sy nak komen nie,,,ko tukar nama jadi zaman batu lah,,,

    • 14

      setiap kata2 kamu samaada baik atau buruk akn dihitung..
      berhati2 memberi sebarang komen
      klau tkde ilmu belajar jgn jd bodoh sombong
      jgn kerana sedikit kesenangan kamu menjadi sombong
      Allah murka

  8. 15

    salam,yakinlah bahawa setiap nikmat susah dan senang adalah anugerah TERINDAH dari ALLAH….

  9. 16

    YaAllah..sesungguhnya KAU lh Maha pengampun
    Maha penyayang Lgi Maha mengasihani..
    YaAllah…sesungguhnya KAU jualah y Maha MEMBERI REZEKI..
    Juga Maha pengatur..YaAllah…hnya Engkau lah y maha Mengetahui
    D setiap hmba2 MU…
    YAALLAH…KAU Ampunilah segala dosa2 ku..KAU berilah aku hidayah
    Dan ptunjuk MU..YaAllah…jika aku trsasar dri landasan MU
    KAU prbetulkan lah aku utk kembali ke pangkal jalan MU
    Jgnlh KAU biarkan aku terus lalai dgn Duniawi y hnya sementara
    Ampuni aku YaAllah…Dn KAU satukanlah kami umat2 MU YAALLAH
    YAALLAH..KAU bukaknlh hati mereka2 y jauh trsasar dri lndasan MU
    YAALLAH..KAU berilah mereka hidayah dn petunjuk MU..
    Amin YarabbiAlamin..

  10. 17

    Seperti mana yang telah berlaku pada ku..kerana tiada pengalaman tiada pemantauan,tiada ketiltian,mahu senang dlm hidup..tanpa usaha sendiri yang 100 peratus usaha..penipuan,kerugian selalu berlaku pada diri ku.kalau teliti dlm perniagaan atau segala urusan kita buat memang boleh berjaya..siasat sebetul2 nya..buat bersungguh2.takda putus asa,tak mati akal,tak menunding jari pada org lain..memang kita boleh berjaya..simple..contoh dlm petniagaan ibarat perjalanan satu tempat yang kita tak penah tujui..kita kena tempuh juga benda yang kita tak tahu..jika kita lari daripada masalah.kita dah meletak tembok halangan dahulu di depan kita..memang tak berjaya..jika kita usaha dlm jalan yang betul tepat ikut landasan yang betul,usaha seusahanye..bersemuka dan menyelesaikan masalah yan ada..insyaallah Allah bagi punya..

  11. 18

    ya alloh ampuni dosa hambahmu ini dan keluargaku,dan engkau ijinkan masuk ke surgamu dari segalah arah(jalan/pintuh)yang engkau tentukan….amin

Leave a Reply

CommentLuv badge