≡ Menu

Iman – Syaitan dan Saka

Secebis kata-kata renungan serta amanah yang mesti diamalkan untuk merasai keikhlasan, keyakinan, dan menerbitkan insan bertaqwa. Mengapa kita lemah? Tahap keimanan seumpama buih. Dimana tahap Iman kita?

Berada dikawasan seram, gelap dan sebagainya meremang bulu roma. Bila menyebut nama Allah, adakah rasa meremang bulu roma? Mengapa jadi begini? Kenapa jadi perbezaan yang ketara yang kita sendiri tak tahu puncanya. Jawapannya kerana hati kita menjadi istana syaitan. Samaada setuju atau tak,  kita boleh buktikan. Sesiapa yang merasakan ada saka didalam dirinya cuba lah berzikir dengan kalimah:

Rasakan perubahan dalam hati dan pemikiran. Hati kita umpama gelas yang kosong, isilah dengan dizikirkan Kalimah ini. Rasakan keadaannya.

Sekiranya tidak diisi maka syaitan dan iblis akan memegang tampuk kuasa. Keluarlah istilah saka dan sebagainya untuk mengeluarkan saka mudah tetapi sipesakit perlu istiqamah dalam melakukan zikir kalimah Laailla haill Allah Muhammadurrasullullah kerana akan merasai sakit kepala melayang berpusing dan sebagainya, itu semua adalah tipudaya syaitan supaya kita berhenti berzikir. Syaitan dan iblis amat takut kepada pengamal zikir ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Hadis dari Muntakhab Ahadith. Hadith-Hadith Nabawi.

Dari Abdullah ibn Masud (r.h.) meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah saw. bersabda : “ Sesungguhnya syaitan dan malaikat membisikkan kedalam setiap hati manusia. Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Adapun bisikan para Malaikat ialah mendorong manusia supaya berbuat kebaikan dan kebenaran. Maka barang siapa mendapati sedemikian ketahuilah bahawa ia adalah daripada Allah snwt. Dan bersyukurlah kepada Allah snwt. Barang siapa terdorong kepada kejahatan hendaklah dia berlindung kepada Allah snwt. Daripada syaitan yang kena rejam. Kemudian Baginda membaca sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan sentiasa menakut-nakutkan kamu kepada kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan”. ( Surah Al-Baqarah ayat 268). ( Hadis Riwayat Tarmizi. )

Ayat Al-Quran Surah Al-A’araf ayat 16 dan 17.

Surah Al-A’araf ayat 16 dan 17, Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan aku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus”; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.

Amalan zikir inilah adalah amalan pokok atau tiang bagi Iman. Kalimah yang dinyatakan pula adalah kalimah menyucikan untuk menyucikan hati. Kalimah ikhlas untuk mendatangkan rasa ikhlas dalam diri atas segala perbuatan. Kalimah yakin untuk dapat mendatangkan keyakinan pada Allah dan Rasul.

Kalimah tersebut adalah Kalimah Tayyibah. Zikirkan didalam hati sebanyak-banyak nya.

Ayat Al-Quran (Petikan buku Fazaile – Amal)

” Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan Kalimah Yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh menjunam kebumi dan batangnya menjulang kelangit. Pohon itu mengeluarkan buahnya pada setiap musim dengan izin tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat”. ( Surah Ibrahim ayat 24-26 )

Ibnu Abbas berkata itulah Kalimah Tayyibah.

Benteng bagi pengidap saka (syaitan).

By: Wanazrol

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel