General, Isu Semasa

Petua yang Boleh Diamalkan Jika Terkena Sengat Ikan Berbisa

1) PETUA PERTAMA

Sesuatu perkara yg sangat ditakuti semua pemancing, walau bagaimana hebat seseorg itu pasti akan merasai bertapa bisanya pabila disengat ikan.. Pastikan tool box anda memiliki sedikit alat bekalan kecemasan (first aid).. Cukup dengan sekali tusukan duri semilang blh membuatkan anda kelenjar dan terus termenung.. Bayangkan waktu itu anda berada jauh di tengah laut.

Boleh cuba 1 petua orang lama iaitu Hanya simpan 1 botol kecik berisikan cuka didalam tool box pancing anda (cuka makan bukan cuka getah).. Rasanya memang pedih tp bisa ikan akan berkurangan, pedih cuka akan potong rasa bisa sengat.. ia seperti bisa ikan akan jd natural bila kena cuka, tapi kena cepat bertindak.

Mengikut pengalaman Dah banyak kali juga cuka nie berjasa ketika kena sengat dulu, macam-macam jenis ikan seperti ikan depu, pari tuka, semilang masih blh cover la org ckp dan puas dah aku tonyoh kat kaki org yg kena sengat tuka.. org tangkap ketam pakai bento dia pakai pijak salah pijak mendapat 2 tusukan duri pari tuka.

Sengat ikan yg paling padu bisanya adalah ketika air gerak pasang, ia bukan mitos tp benar kerana waktu air gerak pasang adalah waktu ikan agresif dan liar.. Cukup kena ikan duri belalang dah rasa mcm nk pitam.. Otai dpt duri nie patah sengat pakai jari jer, aku pun biasa buat mcm nie tp pernah sekali tu terkucil.. Mables gak rasanya

Tidak kecuali juga ulat bulu laut yg paling ditakuti.. Sebab tu klu nk tukar umpan jgn pegang umpan lama dengan tangan tp buang dgn plyer.. Memang umpan tiada ulat bulu sbb ulat tu dh terlepas masa kite gulung pancing.. Yg tinggal hanya duri ulat bulu kat umpan klu pegang terus masuk jari lepastu duri tu patah dlm sbb sifat duri ulat bulu nie tajam tapi rapuh dh tu mcm duri sengat pari senang masuk susah keluar (kena standby forcep atau sepit angkup).. Jika jari anda kena ulat bulu yg duri patah dlm dia akan membengkak, menanah, bekudis yg mana susah nak baik.. Org asli ckp pakai tepung kanji tp sy belum pernah try so klu kena blh jumpa tok batin..
Bnyk lagi bahaya di laut cuma pengalaman dan pemahaman sera logik akal anda utk mengatasinya.. Jgn kena sengat awak kencingkan pula tempat yg kena sengat tu.. Kesian member klu kena sengat kat bahu nak kencing tak sampai dh kena suruh member yg kencingkan, org yg tgk pun tumpang rasa bisanya 😩 .. Tu baru betul maksud kena kencing ngan member..

BACA:  Pelajar Britain di larang berhijab

Klu dh kat darat blh jumpa dokter utk rawatan lanjut.. Ini cuma salah 1 petua yg mana tiada dulu tiada sekarang.. Lain padang lain belalang, lain tempat lain cara penawarnya..

2) PETUA KEDUA

BILA ANDA DISENGAT….IKAN
Hampir semua ikan kat laut ada sengat. antara kita tau atau tak je. cuma biasanya kita tak tau dia ada sengat sebab sengat dia tak bisa sangat. kadang2 mungkin cuma jadi gatal2 sikit2 je.

Ni antara ikan2 yang biasa kita jumpa yang bersengat dan sengat dia sangat bisa. mungkin nama ikan yang saya sebut ni berlainan namanya dia tempat lain.
1. ikan pari
2. ikan tuka
3. ikan lepu/depu
4. ikan usat
5. ikan sembilang
6. ikan duri
7. ikan kitang

Setakat ni, ni je ikan2 yang saya teringat. kalau kawan2 tau spesis2 yang lain, boleh share.Ok.

Kalau kena sengat, apa nak buat?
Sebaik2nya, pegilah klinik atau hospital cari ubat yang sesuai.

Tapi kalau masa kena tu kat dalam bot atau rakit atau kelong atau mungkin di tepi sungai, yang mana nak pergi hospital susah, ni ada beberapa petua yang boleh saya kongsi.

1) buangkan sengat yang ada kalau ada cebisan dia masih terlekat pada tubuh anda.

2) ambik ais dan tuam tempat yang kena sengat.

3) letak biji asam jawa yang dah dipecahkan (kalau ada) pada tempat kena sengat

4) kunyah pucuk daun jemuju (kalau boleh didapati) dan tempel kat tempat kena sengat. tapi daun tu sangat pahit.

5) kalau kena sengat lepu, basuh kawasan yang kena tu dengan air tawar. pastu lap smpi btul2 kering. kalau boleh jangan kena air masin balik. pastu bungkus ais dalam plastik dan tuam kawasan tu.

BACA:  Bolehkah Seorang Muslim Melakukan Prank ?

6) kalau kena sengat kitang, lumurkan tempat kena tu dengan dakwat sotong dan biarkan smpi kering.

7) sengat tuka atau pari paling berbisa. memang kena pegi klinik. cumanya kalau kena kat kawasan pinggang kebawah, tak payah tergopoh gapah pegi klinik. tenang2 je. tapi kalau kena kat kawasan pinggang ke atas, serta merta kena pegi klinik. jangan tunggu2. tak kira kat mane anda berada, larilah pegi klinik.

Apa pun, sengat ikan ni bukan satu perkara yang boleh di perlekehkan. Seboleh2nya, elakkan. Berhati2 mengandalikan hasil tangkapan anda. Jangan sampai trip memancing yang sepatutnya meneronokkan, menjadi mimpi ngeri sampai tobat nak mancing.

.. SAFETY FIRST ..
..selamat memancing..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *