≡ Menu

Hukum Gabung Puasa Qadha dan Puasa Enam Syawal

Soalan: Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?

Terima kasih

Jawapan:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:

Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.

“Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuth wal Ifta’, 10/392]

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:

“Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. … dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah.”
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuth wal Ifta’, 10/391]

Imam An-Nawawi RH berkata:

“Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud.” [Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]

Wallahu a’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 28 comments… add one }
  • osman August 31, 2012, 12:53 pm

    assalamualaikum.adakah boleh niat puasa sunat pada siang hari dan adakah sah niat `sahaaja aq puasa sunat 6 pada bulan syawal kerana allah taala`pada hari pertama hari berikutnya tdk niat dh niat puasa adakah sah puasapada hari berikutnya..tq

    • syiera October 5, 2013, 11:26 pm

      macam mane kalau lelaki yang takde keuzuran untuk tidak berpuasa tapi dia tak puasa..?macam mane dia nak kena ganti puasa dia…??

  • norehan saad July 30, 2013, 6:41 am

    info yang berguna terima kasih..
    norehan saad recently posted..KELEBIHAN DAN HIKMAH AYAT SERIBU DINAR

  • aisyah August 13, 2013, 12:51 pm

    kesimpulannya? maaf masih tidak faham menegenai hal ini.. jadi adalah lebih baik atau tidak menggabungkan qadha’ dgn sunat?? boleh bagi penerangan yg lebih ringkas?

  • Numiaty Karnudu August 14, 2013, 4:26 pm

    Maaf, Dari firman Allah , dari hadis Rasulullah, dari pendapat para imam dan juga yg di lakukan Aishah r.a diatas , berarti bisa disimpulkan bahwa mengqadhakan puasa ramadhan itu bisa kapan saja, mau mendahului puasa sunnat 6 shawal atau sesudahnya, itu tidak masalah, yang penting hniatnya, yang puasa qadha ramadhan niatnya tetap wajid Dan yang puasa 6 syawal tetap sunnat. Bukankah begitu ?

  • Zahira August 21, 2013, 9:14 pm

    Dari Mufti Kerajaan Brunei menyatakan bahawa PUASA ENAM : BOLEHKAH DISATUKAN DENGAN PUASA QADA

    MATLAMAT puasa jika dikerjakan dengan penuh penghayatan akan dapat membentuk manusia menjadi orang yang bertakwa sebagaimana perkara ini dijelaskan oleh Al-Quran.

    Di samping itu puasa juga merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

    “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Allah Subhanahu Wataala berfirman : “Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Puasa Ramadan adalah diwajibkan kepada umat Islam pada setiap tahun berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Begitu juga disunatkan ke atas orang Islam berpuasa sunat atau tathawwu’ di hari atau bulan yang lain seperti melakukan puasa ‘Asyura, hari ‘Arafah, puasa di bulan Syaaban, puasa mingguan pada hari Isnin dan Khamis, puasa enam hari pada bulan Syawal yang biasanya disebut sebagai puasa enam.

    Pada siri Irsyad Hukum kali ini kita akan membicarakan mengenai beberapa perkara yang berhubung dengan puasa enam.

    Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit. Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

    Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :

    “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim).

    Para ulama berselisih pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan puasa enam itu. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam itu dilakukan dengan berturut-turut selepas Hari Raya mulai Hari Raya kedua dan seterusnya. Manakala ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dilakukan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli dan sebagainya selama dalam bulan Syawal. Walau bagaimanapun mengerjakannya dengan berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afdal.

    Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :

    “Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun.” (Hadis riwayat Al-Darimi).

    Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : “Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.

    “KEWAJIPAN MENGQADA PUASA

    Puasa Ramadan yang ditinggalkan adalah wajib diqada sebanyak hari yang ditinggalkan itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya yang tafsirnya :

    “Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.” (Surah Al-Baqarah : 184).

    Kewajipan mengqada puasa itu tidak kira sama ada puasa itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali orang-orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Mereka tidak diwajibkan mengqada puasa yang ditinggalkan itu tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu Wataala yang tafsirnya :

    “Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (Surah Al-Baqarah : 184).

    Dalam mengerjakan qada puasa ini, para ulama berpendapat bahawa orang-orang yang meninggalkan puasa tanpa uzur adalah wajib menyegerakan qada puasa tersebut. Dan mereka tidak diharuskan bahkan haram melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam hari di bulan Syawal.

    Puasa qada boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa seperti Hari Raya Fitrah, Hari Raya Haji atau pada hari-hari Tasyriq dan sebagainya dan ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadan yang baru.

    Jika qada puasa hendak dikerjakan pada bulan Syawal ia boleh dilakukan bermula pada Hari Raya Kedua (2 haribulan Syawal). Bagi mereka yang diharuskan meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak seperti orang perempuan yang haid atau nifas, orang sakit atau orang musafir (dalam perjalanan) dan lain-lain, sunat bagi mereka mengerjakan puasa enam sekalipun mereka masih mempunyai qada. Walau bagaimanapun menurut para ulama ganjaran yang bakal diterimanya tidaklah sama dengan ganjaran pahala yang diterima oleh mereka yang berpuasa enam setelah berpuasa penuh satu bulan Ramadan.

    Berbanding dengan orang-orang yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa keuzuran atau dengan sengaja, diharamkan ke atas mereka mengerjakan puasa enam pada bulan Syawal itu kerana mereka diwajibkan menyegerakan qada tersebut.

    Manakala bagi orang yang luput keseluruhan puasa Ramadan (selama satu bulan) kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qadanya pada bulan Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqada puasa enam itu dalam bulan Zulkaedah. Walau bagaimanapun, menurut ulama dia hanya mendapat ganjaran sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu orang yang berpuasa Ramadan dan diikuti dengan puasa enam pada bulan Syawal diibaratkan berpuasa selama satu tahun.

    MENYATUKAN PUASA QADA DENGAN PUASA ENAM

    Bagi orang yang hendak melakukan qada puasa Ramadan (meninggalkannya kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syarak), ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-dua sekali (iaitu ganjaran puasa qada dan ganjaran puasa sunat).

    Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qada atau puasa nazar atau puasa kafarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau pada hari ‘Ayura dan puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya.

    Dalam menunaikan puasa tersebut, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qada dan puasa sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa-puasa sunat yang lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat gambaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

    Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

    “Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

    Walaupun menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas. Walau bagaimanapun sikap menyegarakan qada puasa itu sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana ganjaran dan pahala ibadat puasa itu hanya Allah Subhanahu Wataala sahaja yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

    • kr August 9, 2014, 10:43 am

      tq for sharing. lebih jelas dan meyakinkan.

    • rose daim July 22, 2015, 6:49 am

      Sangat jelas. Terima kasih atas perkongsian dr mufti brunei.

  • sham August 5, 2014, 4:35 pm

    saya masih tidak faham..adakah boleh puasa enam digabungkan dengan puasa ganti dalam masa yang sama?

    • qirara August 6, 2014, 11:25 am

      Assalamualaikum, sekadar perkongsian apa yang saya dengar dan baca mengenai hukum menggabungkan puasa. secara mudahnya ada la tiada nas yang mengatakan boleh digabungkan. Jadi kesimpulannya, tidak boleh. Tetapi jika tidak boleh.. bagaimana pula bagi wanita atau lelaki yang mempunyai keuzuran di bulan puasa? jawapannya.. boleh pilih sama ada nak puasa 6 dahulu kemudiannya puasa ganti (jika berkeyakinan mampu). Jika tidak eloklah.. di ganti yang wajib baru disempurnakan yang sunat. Walahuallam.

    • hamba allah August 6, 2014, 12:05 pm

      Salams, berdasarkan penerangan kat atas, better buat asing2…. Sbb maksud hadis, puasa SUNAT di bulan syawal…. Puasa ganti ramdhan adalah wajib. Tgk brp banyak hari kita tinggal puasa ramadhan, kalau dlm seminggu jek, better buat ganyi dulu then carry on dgn 6 hari sunat shawal. Otherwise buat sunat syawal dulu sbb takut xsmpat dpt berkat bulan syawal tuh.

      • Nur Safiah March 3, 2015, 12:39 pm

        Puasa 6 atau ganti dahulu?

        Puasa ganti perlu diutamakan terlebih dahulu kerana statusnya adalah WAJIB. Puasa 6 syawal pula hanyalah SUNAT. Kita perlu dahulukan perkara yang wajib berbanding perkara yang sunat.
        Rasulullah juga mengajar kita supaya tidak menangguhkan perkara yang wajib. Kerana perkara wajib itu bila kita tinggalkan, dapat dosa. Perkara sunat kalau ditinggalkan, tak berdosa.

        Persoalan: puasa qada’ terlalu bayak, sampai 15 hari. Bimbang tak sempat nak puasa 6 Syawal.

        Perkara yang wajib masih menjadi keutamaan. Sekiranya tidak berkesempatan, memang bukan rezeki kita. Apa pun menjalankan puasa qada’ masih juga mendapat pahala, melebihi paha puasa sunat 6 Syawal. InsyaAllah perkara yang baik, jika kita niat mahu lakukan pun sudah dapat pahala. Berdoa moga kita diberikan peluang untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal.

        Kalau buat juga puasa 6 sebelum puasa ganti?
        Tidaklah sampai jatuh hukum berdosa. Dapat juga pahala puasa sunat itu. Tapi mesti ingat, perkara wajib jika kita tidak lakukan, kita dikira berhutang dengan Allah. Bagaimana jika kita ditakdirkan meninggal dunia/mati pada bulan Syawal, tanpa sempat kita lakukan puasa ganti? Oleh sebab itu kita perlu dahuluklan perkara yang wajib. Sebab mati itu kita tidak tahu bila.

        Ada juga pendapat dalam Mazhab Syafie yang menyatakan boleh puasa sunat 6 hari bulan Syawal, kemudian puasa ganti. Ini kerana waktu bulan Syawal agak terhad, hanya satu bulan sahaja. Namun ini adalah pendapat yang terpencil.

        (namun terpulang pada diri masing-masing..kalau tanya saya, saya akan kata puasa ganti lebih diutamakan.)

    • wann hairani August 6, 2014, 12:40 pm

      Kalau ikut pemahaman saya boleh saja digabungkan..cumanye kalau dh niat puasa qada’ sekali dengan puasa 6, tidak boleh sewenang2nya berbuka di tengah2 puasa tersebut (cth tiba2 dpt jemputan rumah terbuka di siang hari semasa kita sudah bniat puasa qada’ dan puasa 6 ) sebab hukumnye dah jatuh wajib. Kalau cuma niat puasa 6 boleh berbuka utk menjaga hati tuan rumah sebab hukumnya sunat dan kita yakin masih ada masa utk menggenapkan puasa tersebut 6hari. Dan bagi org yg ada keadaan lain spt menyusu anak atau keuzuran lain yg ditakuti tak sempat nak habiskan puasa 6 dan puasa ganti boleh lah digabungkan. Bagi saya yang tak ada apa masalah saya buat asing2…habiskan puasa 6 dan kemudian sambung puasa qada’.

  • Ruziha August 6, 2014, 10:15 am

    Saya cuma khuatir jika kita mendahului puasa sunat ttp tidak smpt utk mengqadakan sbg cth berlaku kematian, apakah kita tidak berdosa kerana mengqadakan adalah wajib ttp puasa sunat hya sunat. Selalu confused di sini.

  • hawa wa August 6, 2014, 10:57 am

    Ssalam tuan nk tnya cmna jika puasa 6d buat beselang selang ada kah d trima

  • Ima August 6, 2014, 12:58 pm

    Assalamualaikum. Mudah shj kesimpulannya, boleh digabungkan. Takde masalah. Tapi niatkan qada dahulu baru sunat puasa enam. Mengqada’ puasa adalah wajib, jadi lebib baik kita selesaikan yg wajib sebelum sunat. Tapi, kalau mampu, qada dahulu baru sunat enam. Itu lebih afdal. Pasal pahala tu, Wallahualam. Hanya Allah yg maha menilai. Yg penting kita buat Lillahitaala. In Shaa Allah.

  • su August 6, 2014, 1:08 pm

    Saya pun just nk tau boleh ke digabungkan puasa qada degan puasa sunat.

  • Ismail Talib August 6, 2014, 2:58 pm

    Soalan saya….suatu ketika dahulu sya ada berniat nazar puasa 6 sekira nye jika tiada keuzuran yg mghalang..contoh sakit yg teruk…tapi alhamdulillah sya dapat lakukan…pada tahun 2013saya di timpa musibah yg tidak membenarkan saya berpuasa Ramadan dan puasa sunat syawal…..sakit teruk…alhamdulillah tahun 2014 ni sya telah dapat melakukan puasa qadha Ramadhan dgn sempurna…yg menjadi prsoalan saya…sya tidak dapat melakukan puasa sunat syawal…perlukah sya mengganti puasa sunat yg saya nazar berdasarkan alasan sya jika tiada keuzuran yg mghalang itu..sedangkan saya ditimpa sakit terok…mohon pencerahan dari ustaz….sekian Terima kasih….

  • Marzuki Jaafar August 6, 2014, 4:20 pm

    Puasa enam dan Puasa Sunat serta Puasa Ganti Ramadhan adalah tiga puasa yang berbeza..tidak boleh di satukan niatnya. Sebab Allah tu Baik..satu amalan digandakan setiap satu..Allah tu beri ganjaran pada setiap sesuatu..bukan boleh di ambil mudah secara menggabung mengikut sesuka hati dan perasaan kita. Mana tidaknya semua Amalan puasa tersebut diperintahkan oleh Tohan sekalian Alam melalui Nabi. Allah perintah manusia laksanakan satu persatu. Belajar itu wajib. Belajarlah dengan org yang soleh yakni org yang diberi ilmu oleh Allah.

  • Nabila August 6, 2014, 5:05 pm

    Menurut dr bacaan dn ilmu yg saya dapat, puasa harus satu2 niatnya. Kalau double atau tripel puasanya tdk sah.
    Misalkan meng qadha puasa wajib, kalau ingin dapat puasa sunnah itu kita niat qadha puasa saja, nanti secara otomatis insyaAllah kita juga dapat pahala puasa sunnahnya. Itu yg sya tahu, tp maaf blm bisa mmberikan dalil atau yg lainnya utk memperkuat pndapat saya.

  • watiey August 6, 2014, 11:50 pm

    Saya pon xphm….soalan sama dgn saudara sham

  • Haida August 7, 2014, 6:56 am

    Maaf.. saya juga tak paham. Tak da kesimpulan kat sini. Mohon pencerahan. Tq

  • suraya taufiq August 11, 2014, 9:46 am

    Ada kh sah puasa?
    jia niat puasa qada & enam syawal?
    tpi bila dah tahu tak boleh,apa
    masih boleh d terus kn dengan qada dulu baru enam syawal????
    Tp takut jgk klau rak sempat tunaikn kedua dua nya……

  • suraya taufiq August 11, 2014, 9:56 am

    Jika puasa sya tak sah .
    Wajib kah saya ulangi semula niat untuk qada
    baru mulakn niat enam syawal??????@
    boleh teruskn puasa qada saja dahulu…tapi bagaimana
    dengan niat yg sda dilafaskn???? Tolong terangkn…..

  • rika ardiyaningsih August 22, 2014, 11:45 am

    Bolehkah Puasa Enam dan Puasa Ganti di gabungkan ?

    • una July 22, 2015, 1:38 pm

      Jika ikutkan kfhaman dri hdis d ats..lbih afdal dipisahkan antra puasa ganti dgn puasa sunat d mna Nabi mdhulukan yg wjib bru yg sunat. Bagi mmnuhi syarat iaitu puasa sbulan ramadhan diikuti 6 syawal…jdi, jka puasa rmdhan xckup…ganti dulu n bru puasa syawal…tpi wallhualam..org prmpua jika uzurnya lama tkut xsempat dengan puasa sunat syawal pulak jika ganti dulu…

  • indah August 8, 2015, 12:57 pm

    Assalamualaikum mohon penjelasan saya kurang faham.
    Bole kah kita berpuasa dan berniat
    Puasa ganti dan puasa enam sekali gus?
    Jadi maksudnya? Kita tidak perlu untuk puasa enamnya lgi apa maksud nya bgitu? Maaf kalau salah tolong di betulkan terimakasih.

  • fate October 23, 2015, 2:06 am

    Assalamualaikum wr.wb Apakah bisa niat mengqadha puasa ramadhan sekaligus niat puasa asyura?

Leave a Comment

CommentLuv badge