≡ Menu

Anak Perempuan Sudah Baligh Siapa Tanggung Dosa

Anak Perempuan Sudah Baligh Siapa Tanggung Dosa

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan: Soalan saya…Dosa anak perempuan berumur 15 tahun, sudah baligh tapi belum berkahwin. Siapakah yang menanggung dosanya? Dirinya sendiri atau ayahnya? Kalau dia berzina siapakah yang dirotan 100 kali? Anak perempuan itu atau ayahnya?

Jawapan:

Apabila seorang anak perempuan atau anak lelaki sudah sampai usia baligh maka mereka tanggung dosa mereka sendiri. Ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan didikan agama dan di ajarkan asas akidah, ibadah, akhlak dan ilmu tasauf supaya mereka menghiasi hidup mereka dengan sifat-sifat mahmudah. Seorang anak perempuan yang belum berkahwin nafkah masih di tanggung oleh bapanya jika dia belum bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri tetapi dosa-dosa yang di lakukan maka dia tanggung sendiri. Jika ibu bapanya tahu si anak perempuan melakukan dosa maka wajib , mereka menegur dan memberi nasihat yang baik dan cuba cegah dengan kuasa yang di miliki oleh ibu bapa. Jika anak perempuannya berzina dan cukup 4 orang saksi yang adil maka hukum hudud boleh di kenakan kepadanya iaitu di sebat 100 kali di khalayak ramai bukan bapanya yang bertanggungjawab kerana perbuatan tersebut di lakukan di luar pengetahuan ibu bapanya. Tetapi jika ibu bapa tidak mendidik anak-anaknya sehingga mereka melakukan dosa dan maksiat ibu bapa akan tanggung dosa kerana gagal mendidik tetapi si anak yang buat dosa mereka tetap menanggung dosa mereka sendiri.

Firman Allah SWT maksudnya, “(yaitu) bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” (Surah Al Najm [53] ayat 38)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain” (Surah Al Israa [17] ayat 15)

“Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikitpun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan. (Surah Yaa Siin [36] ayat 54)

“Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang lain sedikitpun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafa’at kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong.” (Surah Al Baqarah [2] ayat 123)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel