1- Solat 5 waktu
2- Berpuasa di bulan Ramadhan
3- Jaga maruah dan kehormatan
4- Taat kepada suaminya
Terlaksana 4 syarat ni dgn cukup sempurna, maka insyaAllah, ganjaran syurga yg akan menanti mereka…
Syarat pertama, solat 5 waktu…rasanya, klu time tak ‘cuti’ tu, maka insyaAllah solat smua penuh dr Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak…klu yg memg jenis tak tinggal solat, maka dia akan jaga solatnya…bila solat dia terjaga, maka dirinya, auratnya, akhlaknya, pergaulannya pasti akan terjaga jugak kerana dia faham apa yg ditegah, apa yg dilarang dan apa yg disuruh agama…
Syarat yg kedua, puasa di bulan ramadhan…wanita yg boleh puasa penuh dibulan ramadhan ini mgkin mereka yg sedang mengandung ataupun yg mempunyai masalah kitaran haid…jadi, mereka xdtg haid ketika bulan ramadhan, lalu membolehkan mereka utk puasa penuh 30 hari…bg yg kitaran normal, pasti akan tak cukup beberapa hari dan kena ganti…so, jika keadaan mengizinkan, pasti puasa bukanlah satu halangan yg sukar utk dipenuhi bg wanita yg dah pun dewasa…
Syarat yg ketiga ni, klu syarat pertama dia mantap, insyaAllah dia akan lebih dr mampu utk menjaga maruah serta kehormatan dirinya…
Syarat keempat dan yg terakhir inilah yg menjadi cabaran, ujian dan dugaan utk seorang wanita setelah bergelar isteri pada zaman skrg ni – Taat kpd suaminya…jika ditanya mengapa ianya dianggap mencabar, maka jawapannya :- bergantung kpd sikap, perangai, tingkahlaku dan layanan suaminya terhadap dirinya. Siapa yg xnak taat kpd suami, siapa yg nk jadi isteri derhaka…? Cumanya akan ada keadaan atau situasi dimana seseorang isteri itu susah nk taat pd suaminya, antaranya adalah disebabkan suaminya sendiri tak taat kpd perintah Allah s.w.t, suaminya tak menunaikan nafkah serta kewajipan terhadapnya atau suaminya menzalimi dan menganiaya dirinya.
Wanita nak masuk syurga mudah, tp kenapa wanita ramai di neraka? Ini sesuatu yg kita org laki perlu fikirkan sbb kita sendiri pun tak dijamin boleh masuk syurga dgn begitu sahaja…jika kita tidak mampu membimbing wanita yg berada disisi kita ke syurga, maka jgn membawanya ke neraka…think about it…
Renung-renungkanlah dan selamat beramal…
Sumber: Firdaus Shakirin