Puas pujuk tetapi suami tetap tak berhenti merokok. Yang kaum mak-mak mesti makin risau bila dah ada anak kecil dalam rumah. Jadi macam mana nak pujuk encik suami supaya berhenti merokok? Ok, tak susah sebenarnya tetap peranan isteri boleh bagi kesedaran pada kaum ayah dan bagi masa untuk dia perlahan-lahan ikut apa yang disarankan oleh Dr. Ezairy M.Sallih ini…
Cara Nak Suruh Suami Berhenti Merokok
Anda berhadapan dengan ahli keluarga yang merokok? Rasa susah untuk nasihat mereka? Sukar untuk berhenti? Saya senaraikan beberapa langkah terbaik untuk menghentikan tabiat merokok.
1. Sedut minuman
Apabila kita menyedut minuman dengan menggunakan straw, ia akan mengganti dan membantu untuk menhenti keinginan menyedut rokok.
2. Mengunyah dan makan
Salah satu cara untuk melupakan kita dengan tabiat merokok ialah ambil apa-apa makanan. Kerapkan makan. Bagi mengelakkan kenaikan berat badan, ambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Kuantiti sedikit secara kerap. Ambil buah-buahan contohnya. Mengunyah chewing gum juga bagus.
3. Penuhkan jadual bulanan anda
Ini paling best! Buat jadual bulanan secara tetap. Sebelum masuk bulan baru, pastikan anda buat jadual harian selama sebulan. Padatkan rutin harian. Semakin sibuk anda, semakin lemah keinginan anda terhadap perkara lain seperti merokok.
4. Banyakkan aktiviti sihat
Berbasikal, bersukan dan berlari contohnya. Sibukkan diri dengan aktiviti sukan dan lasak akan menjadikan hidup lebih bermanfaat.
5. Ingat semula kenapa anda berhenti merokok
Tulis besar-besar di dinding, di pintu peti ais, di dapur dan di bilik. Letak gambar keluarga dan anak-anak. Anda pasti akan sentiasa bermotivasi dengan matlamat asal anda.
6. Simpan duit setiap hari
Jadikan amalan menyimpan wang yang selama ini anda guna untuk rokok dengan menyimpan di tabung. Kalau sebelum ini setiap hari beli sekotak rokok berharga sepuluh ringgit contohnya. Sekarang simpan nilai berkenaan setiap hari di tabung simpanan anda. Bila keinginan untuk merokok datang, lihat kembali berapa banyak wang yang telah anda simpan semenjak berhenti merokok.
7. Tulis semua trigger kepada merokok
Anda mesti tahu apa situasi yang menyebabkan anda akan merokok. Tulis dan senaraikan semuanya. Kenalpasti kelemahan anda. Elakkan ia. Tak guna kalau mampu berhenti tiga bulan tapi merokok semula hanya kerana perkara yang anda sendiri boleh elak.
8. Keep on track
Kekalkan momentum dan motivasi anda. Banyakkan hadiri program bermanfaat seperti ceramah agama, aktiviti bersama keluarga, create hobi baru. Semua perkara ini akan membuat anda terus konsisten dengan matlamat anda. Jangan putus asa!
Semoga bermanfaat. Saya doakan anda semua diberi kesihatan berpanjangan dan dikurnia keluarga bahagia.
Nota Penulis:
Ini penting, isteri jangan membebel sampai suami rasa rimas. Kena terus sabar pujuk dengan kata-kata semangat! Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!