≡ Menu

Tips Dan Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Kekal Sihat Pada Musim Jerebu

Jerebu Kembali Menyerang

Itu merupakan antara tajuk dan berita utama sejak kebelakangan ini yang menandakan musimnya telah mula kembali.

Jerebu berlaku akibat kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang mengakibatkan keburukan kepada jarak penglihatan. Ia juga boleh berlaku disebabkan percampuran bahan-bahan pencemar udara yang tinggi yang telah dilepaskan merata-rata dan diserap oleh sinaran matahari di atmosfera.

Antara bahan utama yang boleh mencemarkan udara semasa jerebu termasuklah gas karbon monosikda, gas nitrogen dioksida serta sulfur diosikda yang boleh menjejaskan indeks pencemaran udara (IPU) dan juga kesihatan seluruh makhluk di muka bumi ini.

Semakin tinggi nilai IPU, maka semakin bahaya kesannya kepada kesihatan. Kebanyakan orang mempunyai risiko yang sangat tinggi jika terlibat dalam situasi ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kanak-kanak, warga emas, pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan serta mereka yang menghidap penyakit jantung dan alahan juga mempunyai kemungkinan yang sangat tinggi untuk terjejas dengan bahaya ini.

Sehingga hari ini, sebanyak 29 sekolah telah diarah tutup kerana bacaan IPU telah melebihi paras yang ditetapkan, iaitu 200. Ia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mencegah sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada rakyat.

Benarkah Jerebu Disebabkan Tangan Manusia

Menurut berita-berita yang telah dikeluarkan bagi mengulas isu ini, jerebu teruk yang berlaku di Malaysia sekarang adalah akibat daripada kebakaran hutan secara terbuka di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

Malah, menurut beberapa kajian juga telah menyebut bahawa antara akibat lain jerebu, datangnya daripada kebakaran gambut, pembakaran secara terbuka, asap perindustrian dan juga kenderaan.

Ia keluar akibat dari tangan-tangan manusia yang rakus menghuni dunia tanpa sedar. Apabila terhasilnya jerebu, masing-masing akan menyalahkan sisi lain dan tidak mahu ambil kisah mengenai tanggungjawab serta dari sudut mana ia boleh diperbaiki untuk mengelakkannya daripada terus berlaku.

BACA:  Baca Doa Ini Agar Dijauhkan Dari Hawa Nafsu Yang Buruk

Walhal, saban tahun isu ini akan terus berulang dan masing-masing terpaksa menanggung risikonya. Para ulama’ telah menjelaskan mengenai kalam Allah di dalam Al-Quran yang menandakan bahawa setiap kerosakan dan pembangunan di muka bumi ini adalah berpunca daripada tangan-tangan manusia sendiri tanpa mereka sedar.

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Mafhum: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum, 30:41)

Sama ada fenomena jerebu mahupun gempa bumi atau letusan gunung berapi, ia adalah salah satu tanda peringatan daripada Allah sebagai gambaran sebelum datangnya bencana besar, iaitu kiamat sebagai penutup kepada alam di dunia ini.

Bagaimana Untuk Kekal Sihat Pada Musim Ini

Walau bagaimanapun, apabila sedang berada dalam situasi ini, adalah lebih baik untuk cuba menjaga kesihatan terlebih dahulu dan jangan memandangnya sebagai suatu perkara yang remeh.

Bahkan, Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan pakar-pakar kesihatan di seluruh negara telah menetapkan beberapa garis panduan kepada rakyat untuk berada dalam keadaan terkawal dengan sentiasa menjaga kesihatan.

Bukan setakat itu sahaja, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meminta meminta supaya masjid-masjid di seluruh negara untuk mengadakan solat hajat bagai memohon hujan dan menyelesaikan masalah jerebu ini.

Ketika terjadinya kemarau pada zaman Rasulullah SAW, umatnya akan meminta kepada Baginda supaya memohon kepada Allah untuk diturunkan hujan.

BACA:  Antara Doa Yang Boleh Dibaca Untuk Menghilangkan Gemuruh

Malah, Baginda ada mengajarkan doa kepada umatnya apabila berada di dalam situasi ini agar Allah segera menghilangkan jerebu dan menggantikannya dengan cuaca yang lebih baik untuk kesihatan bumi jua.

اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ

Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya. Dan kami memohon dengan-Mu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya. Wahai Tuhan kami! Lenyapkanlah azab (jerebu) ini daripada kami, sesungguhnya kami orang yang beriman.”

Doa ini boleh dibaca setiap kali selepas melakukan solat hajat, solat wajib mahupun sebelum keluar dari rumah sama ada untuk pergi bekerja atau ke sekolah.

Berdoalah dengan sepenuh hati supaya doa anda termasuk dalam kalangan yang diangkat kepadaNya. Mana tahu, dengan izinNya, doa anda merupakan antara salah satu doa yang akan dimakbulkan.

Anda juga boleh kekal sihat dengan mengamalkan beberapa tips mudah yang digariskan oleh pakar-pakar kesihatan. Antaranya;

#1 – Kurangkan Aktiviti Luar

Aktiviti luar merupakan perkara utama yang perlu dielakkan semasa berlakunya pencemaran udara kerana pernafasan anda terdedah kepada udara yang tidak sihat.

Pastikan juga anda tidak terdedah kepada udara luar dengan terlalu lama.

#2 – Pakai Penutup Mulut Dan Hidung

Jika anda mempunyai sebarang aktiviti luar yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda memakai penutup mulut dan hidung bagi mengelakkan daripada udara kotor senang memberi kesan kepada anda.

BACA:  Pintu Langit Terbuka Kerana Doa Ini…Subhanallhah

#3 – Pastikan Minum Air Putih Yang Cukup

MInum air merupakan antara faktor kita perlu menambah oksigen di dalam badan. Apabila berlakunya pencemaran udara seperti ini, ia akan mempercepatkan badan kita mudah berasa lemau dan juga letih.

Malah, tekak kita akan mudah menjadi kering. Disebabkan itu, kita perlu minum sekurang-kurangnya lapan liter air sehari untuk menjaga keseimbangan tenaga di dalam badan.

#4 – Pastikan Persekitaran Dalam Keadaan Bersih

Sentiasa mencuci tangan terutamanya sebelum makan. Bahagian badan kita yang terdedah seperti tangan dan juga muka akan mudah mendapat kesan daripada jerebu ini.

Begitu juga dengan pakaian. Segera membasuh pakaian yang telah digunakan dan pastikan ia tidak disidai di kawasan luar terutamanya di tempat yang terdedah kepada jerebu yang teruk.

#5 – Jangan Lakukan Sebarang Aktiviti Pembakaran

Apabila terjadinya pencemaran seperti ini, pastikan anda tidak melepaskan lebih banyak asap secara terbuka sama ada membakar sampah atau merokok.

Pembakaran yang merupakan salah satu punca utama jerebu perlu dielakkan daripada berlaku kerana ia boleh menjadikan IPU semakin teruk.

Kesimpulan

Beberapa garis panduan yang dikongsikan untuk entri kali ini merupakan antara tips yang boleh diamalkan untuk menjadikan anda manusia yang kekal sihat.

Yang paling penting, teruskan berdoa kepadaNya kerana ia berlaku di bawah kekuasaanNya. Sentiasa ambil tahu mengenai informasi semasa yang berlaku mengenai pencemaran ini agar anda sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Untuk mendapatkan kemaskini mengenai pencemaran dan jerebu, anda boleh sahaja layari Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar .

Wallahu a’lam.

Rujukan:

My Health – Jerebu
Impact Haze on Health
Doa Menghadapi Cuaca Buruk

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel