≡ Menu

TERKINI: COVID-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, Angka Keseluruhan Kini 11 Kematian

TERKINI: COVID-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, Angka Keseluruhan Kini 11 Kematian

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat satu kematian terbaharu dilaporkan.

Maklumat itu dikongsi menerusi Twitter sebentar tadi. Angka korban keseluruhan kini meningkat kepada 11 orang.

Dipercayai kes kematian ke-11 ini melibatkan seorang warganegara berusia 70 tahun dengan latar belakang penyakit kronik dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari 2020.

KKM dimaklumkan beliau adalah pengerusi surau di kawasan tempatnya.

Beliau mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020 dan disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 serta diberi bantuan pernafasan di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Difahamkan, kesihatannya mulai merosot dan akhirnya disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

 

Sumber: KKM via siakapkeli.my

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Pendirian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Menolak Syiah