≡ Menu

TERKINI: 7 Kematian Baru Pesakit COVID-19 Dilaporkan, Jumlah Terkini 34 Kematian

TERKINI: 7 Kematian Baru Pesakit COVID-19 Dilaporkan, Jumlah Terkini 34 Kematian

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat tujuh kematian baharu setakat hari ini, menjadikan kes keseluruhan kematian berjumlah 34 kes.

Kes kematian ke-28 (kes ke-2321), wanita tempatan 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat PPUM pada 26 Mac 2020 dan meninggal dunia 28 Mac, jam 8.48am.

Kes kematian ke-29 (kes ke-2123) wanita tempatan 64thn. Latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi. Dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Ma, jam 10.15 malam.

Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki tempatan berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di PPUM. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 11.33 malam.

Kes kematian ke ke-32 (kes ke-1239) lelaki tempatan berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling. Dirawat Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac dan meninggal 28 Mac jam 7.44pm.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kes kematian ke ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 11.25 malam.

Kes kematian ke ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Kulala Lumpur pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal 29 Mac jam 10.40am.

BACA:  Covid-19: Tukar Laungan Azan Di Masjid ‘Tunaikanlah Solat Di Rumah Kalian’ Tidak Salah – Dr Zulkifli

 

Sumber: KKM via siakapkeli.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel