≡ Menu

TERKINI: 10 Lagi Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Malaysia

TERKINI: 10 Lagi Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Malaysia

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 10 kes jangkitan COVID-19 baharu, iaitu kes ke-84 hingga kes ke-93 dilaporkan.

Kesemua kes ini telah dikesan untuk rawatan selanjutnya.

Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kontak rapat kepada kes ke-33 di mana, empat (4) kes iaitu kes ke-85, 86, 87 dan 93 merupakan generasi pertama kontak rapat kepada kes ke-33, manakala enam (6) kes baharu ini pula merupakan generasi kedua iaitu kontak rapat kepada kes ke-33 iaitu kes ke-84, 88, 89, 90, 91, dan 92.

Kesemua kes ini telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan telah dimasukkan ke hospital bagi isolasi dan rawatan selanjutnya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

 

Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah via siakapkeli.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Terkini: 6 Lagi Kematian Akibat Covid-19 Disahkan Hari Ini – Dr. Noor Hisham