≡ Menu

Sekolah Pondok Mohon Bantuan, 80 Pelajar Hanya Makan Nasi Kuah Air Kosong, Lauk Telur Goreng

Pelajar pondok makan nasi berlauk telur, kuah air kosong

Seramai 80 pelajar di sebuah sekolah pondok daif di Bukit Gedombak hanya menikmati hidangan nasi putih berlauk telur goreng dengan air kosong sebagai menu hidangan mereka.

Menu tersebut terpaksa dihidangkan kepada mereka jika tiada lauk-lauk sumbangan orang ramai atau pihak pengurusan tidak mampu membelinya.

Walaupun menu itu tidak selalu dijadikan hidangan namun kesusahan dihadapi pelajar pusat tahfiz berusia 8 hingga 20 tahun itu menyentuh perasaan.

Menurut salah seorang pelajar di pusat tahfiz tersebut, selama belajar di situ dia pernah makan nasi bersama telur goreng berkuah air putih.

Namun begitu, dia tidak mengambil kisah lauk itu dihidangkan disebabkan tiada lauk lain serta pihak pengurusan tidak mampu menyediakan hidangan lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Apa yang menyedihkan pelajar juga terpaksa hidup dalam serba kekurangan dengan katil patah berlapik batu.

Ruang mengaji mereka turut tidak begitu sempurna kerana hanya menggunakan meja usang yang diperbuat daripada papan lapis dan kayu.

Bagi mereka kesusahan yang dihadapi merupakan ujian untuk terus belajar ilmu agama dan bergelar tahfiz.

Menurut salah seorang pelajar yang baru sahaja belajar hampir dua minggu di pusat tahfiz itu memberitahu dia seronok berada di pondok tersebut kerana mahu mencapai impian menjadi seorang penghafaz al-Quran.

Mudir pondok terbabit, Zakir Zakaria berkata, pihaknya menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM10,000 setahun namun masih belum mencukupi.

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan manakala RM100 diperlukan untuk belanja makan sehari.

Terdapat beras dan lauk kadang-kadang didermakan oleh orang ramai dan juga orang korporat.

Menurut mudir pondok tersebut, demi mendalami al-Quran dan mahu melahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran, beliau sanggup menerima pelajar tanpa mengenakan sebarang bayaran.

BACA:  Denda Sehingga RM 150,000 & Penjara Sehingga 20 Tahun Menanti Pemandu Mabuk Jika Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Diluluskan

Pihaknya kenakan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan untuk menampung belanja anak-anak di sini tetapi ramai yang tidak mampu dan miskin.

Katanya, beliau mengajar pelajar dewasa memasak mengikut giliran dan setakat ini mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.

Pondok berkenaan sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu di atas tanah wakaf dan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ramai.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Madrasah Darul Uluum (03-0900-1006-2594) menerusi Bank Islam.

 

Sumber: sinarharian.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel