≡ Menu

Satu Lagi Kes Kematian COVID-19 di Malaysia, Kali Ini di Tawau

Satu lagi kes kematian COVID-19 di Malaysia, kali ini di Tawau

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan satu lagi kematian akibat COVID-19 di Tawau, Sabah pada Jumaat.

Menurut Dr Noor Hisham dalam satu pautan terbaharu di Facebooknya, Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan baawa mangsa kes ke-152 merupakan warganegara Malaysia berumur 58 tahun itu daripada kluster jemaah tabligh.

Mangsa dilaporkan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac lalu selepas mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Mangsa telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital yang sama.

Namun, kesihatannya merosot setiap hari sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang tadi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ia sekaligus menjadikan kematian COVID-19 di negara ini meningkat kepada tiga kes.

Setakat ini, jumlah kes dicatatkan pada 1,030 dan 26 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Sumber: astroawani.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Terkini: Lagi 123 Orang Dilaporkan Positif Covid-19, Jumlah Kumulatif Sudah Cecah 1,306 kes