SOALAN :
Adakah sahih hadith-hadith yamg menyebut bahawa ramai penghuni neraka di akhirat nanti ialah kaum wanita?
JAWAPAN :
Hadith-hadith yang menyebut bahawa kebanyakkan ahli neraka di akhirat nanti ialah kaum wanita adalah hadith yang sahih.
Usamah bin Zaid r.a. berkata Rasulullah saw bersabda :
قُمتُ على باب الجنة ، فإذا عامّة مَن دَخلها المساكين ، وإذا أصحاب الْجَدّ مَحبُوسُون ، إلاّ أصحاب النار ، فقد أُمِر بهم إلى النار ، وقُمْتُ على باب النار ، فإذا عامة مَن دخلها النساء
Artinya : “Aku telah berdiri di depan pintu syurga maka tiba-tiba ramai yang memasukinya ialah orang-orang miskin dan orang-orang yang kaya tertahan dengan sebab hisab melainkan ahli neraka maka sungguhnya telah diperintahkan mereka ke neraka. Dan aku pun berdiri di depan pintu neraka maka tiba-tiba ramai yang memasukinya ialah kaum wanita.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
Abu Said Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawasanya Rasulullah saw keluar pada tempat solat hari raya dan baginda melalui satu kumpulan perempuan lalu bersabda :
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ ، تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الِاسْتِغْفَارَ ، فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ : وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرُ أَهْلِ النَّارِ ؟ قَالَ : تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ ، وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ
Artinya : “Wahai sekelian kaum perempuan hendaklah kamu bersedekah dan banyakkan istighfar. Maka sungguhnya aku lihat kebanyakkan kamu adalah penghuni neraka. Maka berkata kaum perempuan tersebut : Dengan sebab apa wahai Rasulullah kami ramai masuk neraka? Jawab baginda : Sebab kamu suka mencela dan mengkufuri nikmat hidup.” (Hadith Muslim)
Dan pada riwayat dari Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أكْثَرُ أهْلِهَا النِّسَاءُ، يَكْفُرْنَ قيلَ: أيَكْفُرْنَ باللَّهِ؟ قالَ: يَكْفُرْنَ العَشِيرَ، ويَكْفُرْنَ الإحْسَانَ، لو أحْسَنْتَ إلى إحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شيئًا، قالَتْ: ما رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw bersabda : Aku telah melihat ramai penghuni neraka itu adalah wanita.” Berkata para sahabat : Dengan sebab apa wahai Rasulullah? Jawab baginda : Dengan sebab mereka itu telah kufur.” Kata mereka lagi : Mereka kufurkan Allah? Jawab baginda : Mereka kufurkan nikmat kehidupan dan lupakan kebaikkan. Jikalau kamu buat kebaikkan kepada salah seorang mereka selamanya pun bila dia melihat satu kuburukkan dari kamu nescaya berkata ia : Tidak pernah ada satu kebaikkan pun dari kamu.” (Hadith Bukhari)
Dan banyak lagi hadith..
Wallahua’lam
Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )