Ini antara halal restoran yang pertama dibuka di Nara. Baru beroperasi pada March 2016 di Naramachi Shopping Centre. Restoran ini uniknya bangunan mereka masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Jepun yang berusia lebih 90 tahun. Meja dan kerusi yang digunakan juga diperbuat daripada kayu Nara Cedar.
Mereka menjual tiga jenis ramen iaitu Halal Ramen Jin, Halal Ramen Jinniyah dan Halal Ramen Naramachisou. Harga juga tidak mahal sekitar 800 – 1700 yen sahaja.
Alamat: 28-34 NARAMACHI-SOUQ, Minamijoudo-cho, Nara-shi, Nara (Halal certified, menu labelled Halal, only chicken is Halal)


Sumber: 2290musafir.blog
