≡ Menu

Bolehkah Perempuan Haid Melakukan Sujud Syukur

Bolehkah Perempuan Haid Melakukan Sujud Syukur

Sujud syukur merupakan salah satu perbuatan untuk menzahirkan rasa syukur dan perhambaan kita kepada Allah apabila diberi nikmat dan juga kesenangan.

Hukumnya adalah sunat untuk dilakukan sebagaimana Baginda SAW yang sentiasa melakukan sujud syukur apabila beroleh kesenangan dan kegembiraan.

Maksud: “Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya, akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2774)

Syarat Sah Ibadah Adalah Suci

Syarat sah untuk melakukan ibadah wajib bagi perempuan adalah suci daripada haid dan nifas.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Hal ini ada juga disebutkan dalam beberapa kitab oleh pandangan ulama, iaitu;

Maksud: “Solat diharamkan bagi perempuan haid dan nifas meskipun solat sunat, solat jenazah, sujud tilawah dan sujud syukur.”

Melalui kitab Al-Ibaanah wal Ifaadhah mengatakan bahawa tidak dibolehkan untuk wanita yang tidak suci daripada melakukan ibadat solat sunat dan ia termasuklah sunat sujud syukur.

Darah haid adalah darah tabi’e (darah semula jadi) yang keluar daripada pangkal rahim perempuan dan ia adalah najis.

Maksud: “Asmaa’ meriwayatkan bahawa telah datang seorang wanita kepada Nabi SAW dan berkata: “Salah seorang daripada kami terkena darah haid pada pakaiannya, apa yang patut dia lakukan?” Baginda menjawab: “Kamu kikis dan gosok ia dengan air lalu siramlah, kemudian kamu boleh solat dengan pakaian tersebut.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 307)

Syeikh Ibnu Hajar mengatakan – “Ini adalah sebuah perkara yang menerangkan hukum apa yang diharamkan sebab hadas, iaitu hadas kecil jika disebut secara mutlak. Maka, haram hukumnya dengan sebab berhadas dengan ijmak ulama melakukan solat dan haram pula yang sama seperti solat, iaitu sujud tilawah dan sujud syukur.” (Kitab Minhajul Qawwim).

BACA:  Apa Itu Solat Sunat Mutlak?

Dr. Wahbah Az-Zuhaili juga berkata – “Haram ke atas yang berhadas tanpa wuduk ia solat sama ada fardu atau sunat dan yang seperti solat, iaitu sujud tilawah dan sujud syukur dan khutbah Jumaat dan solat Jemaah.” (Kitab Fiqh Al-Islami)

Justeru, dapat kita faham di sini bahawa perempuan yang dalam keadaan tidak suci sama ada sedang haid atau nifas, tidak sah melakukan sujud syukur.

Zikir Bagi Menggantikan Sujud Syukur

Namun, jangan risau. Anda tetap boleh melakukan sujud syukur itu apabila telah kembali suci. Walaupun ia agak lambat berbanding dengan orang yang boleh terus melakukan sujud syukur apabila diberi berita gembira, namun ganjarannya tetap ada buat anda.

Selain itu, melalui perbahasan ulama juga ada disebutkan bahawa boleh menggantikan sujud syukur tersebut dengan bacaan syukur sebanyak 4 kali kepada Allah SWT bagi menzahirkan rasa gembira itu.

Zikirnya ada disebut dalam hasyiah al-Bujairimi ‘ala Sarhil, iaitu;

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ، وَلَا إلَهَ إلَّا اللهُ، وَاَللهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إلَّا بِاَللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Maksud: “Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Agung.”

Wallahu a’alam.

 

Sumber: Mufti Wilayah – Sujud Syukur

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel