
Menjadi yatim piatu dalam sekelip mata, itulah yang berlaku kepada anak lelaki anggota polis Muhammad Syakiran Shamsuddin dan isterinya, Nurul Ashikin Kamaruddin yang maut dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.
Baru berusia 2 tahun, Muhammad Arfan Ziqri telah kehilangan kedua ibu dan bapa serta sepasang adik kembar yang masih di dalam kandungan.

Sayu lihat anak arwah kecil tatap keranda jenazah
Terbaru, tular beberapa foto memaparkan anak kepada arwah Muhammad Syakiran dan Nurul Ashikin di samping jenazah kedua ibu bapanya, telah mengundang rasa hiba.

Sekelip mata jadi anak yatim piatu
Dapat diperhatikan, walaupun masih lagi kecil dan tidak mengerti apa itu kehilangan, Muhammad Arfan Ziqri sudah mula merindui kedua ibu bapanya, apabila dilihat dia berlegar-legar di sebelah keranda jenazah.
Jenazah Nurul Ashikin dan Muhammad Syakiran telah selamat disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Repek Hilir, Bachok.

Ya Allah sebak tengok anak arwah
Tersentuh melihat keadaan anak arwah Muhammad Syakiran dan Nurul Ashikin, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan sedih serta mendoakan roh kedua-dua mereka dicucuri rahmat.
Cukup menyentak jiwa melihatkan keadaan anak arwah yang masih memerlukan perhatian kedua ibu bapanya, terpaksa berdepan kehilangan di usia yang masih kecil.

