≡ Menu

Panduan memilih makanan daripada termakan khinzir bagi kaki travel beragama Islam

ANTARA cabaran yang sering dihadapi pengembara beragama Islam adalah untuk mendapatkan sumber makanan dan minuman yang halal mengikut syariat Islam.

Berbanding di Malaysia, akses untuk mendapatkan makanan halal adalah tidak sukar dengan adanya paparan logo Jakim.

Berikut kami kongsikan sedikit sebanyak maklumat untuk para pengembara Muslim supaya lebih memahami konsep Halal-Toyyiban.

Maksud Halal

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” – Surah Al-Baqarah, ayat 168

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – Surah Al-Baqarah, ayat 173

Islam diturunkan adalah sebagai pelengkap kepada ajaran-ajaran nabi dan para rasul terdahulu. Islam diturunkan kepada sekalian alam bersifat syumul dan tidaklah bertujuan untuk menyusahkan setiap hamba-hambaNya.

Malah, Islam mengandungi undang-undang dan syariat yang wajib dipatuhi setiap penganutnya tanpa perlu dikurangi atau ditambahkan.

Maksud halal dalam bahasa Arab adalah undang-undang atau diizinkan. Menurut ajaran Islam, makanan yang halal merupakan daging yang disembelih di bahagian leher sehingga terputus urat merih dan sambil menyebut nama Allah.

Ini bertujuan supaya segala darah-darah kotor dikeluarkan dan memastikan daging tersebut bersih serta menghindarkan daripada segala penyakit.

BACA:  Anda Boleh Dapatkan Krim Daifuku Dan Bento Yang Halal Di Kedai Ini Yang Berada Di Asakusa

Justeru, halal sendiri bermaksud makanan yang selamat dimakan, daging yang bersih dan sewaktu dengannya.

Cadangan bagaimana untuk memakan makanan dari sumber yang halal

1 . Apabila terdapat tanda halal, atau restoran yang dimiliki atau pekerjanya merupakan orang Islam

Ini merupakan salah satu alternatif yang paling mudah. Anda seharusnya memiliki kepercayaan kepada makanan yang mereka sediakan adalah halal, terutama jika pemiliknya orang Muslim.

Jika masih mempunyai perasaan was-was, anda boleh meminta izin untuk melihat dokumen-dokumen halal untuk daging yang mereka ambil.

2 . Memberi salam kepada pekerja atau Boss restoran

Anda juga boleh mencuba dengan memberi salam kepada pekerja-pekerja di restoran tersebut. Jika mereka menjawab salam dan memberi respons yang positif, maka anda patut menaruh kepercayaan kepada mereka dengan konsep penyediaan makanan halal.

3 . Makanan halal bercampur dengan makanan haram

Di Eropah, ada antara pengusaha yang mendakwa makanan yang mereka sediakan adalah halal, namun pada masa yang sama, mereka turut menyediakan minuman keras.

Antara senario yang lain juga adalah mereka menjual daging halal dan pada masa yang sama mereka juga menjual daging khinzir.

Jika anda menghadapi situasi sebegini, ia boleh dinilai berdasarkan lokasi. Anda digalakkan untuk mencari kedai makanan halal yang lain. Jika tiada, maka anda dibolehkan untuk makan di restoran yang bercampur dengan sajian haram dan halal.

Namun adalah penting untuk anda tidak menunjukkan kepada Muslim lain bahawa anda menikmati makanan di restoran tersebut bagi mengelakkan fitnah atau sangka buruk.

4 . Kosher

Kosher adalah makanan yang mengikut syariat agama orang Yahudi. Persamaan sembelihannya adalah sama dengan syariat Islam.

Jika anda berada di Amerika Syarikat, di sesetengah bandar, adalah sukar untuk mendapatkan daging halal, maka kosher adalah salah satu alternatif kepada umat Islam.

BACA:  nilah Kenapa Anda Perlu Melawat Asakusa Tradisional di Tokyo - Panduan Perjalanan Muslim-Mesra

Pada hari ini dihalalkan bagimu segala yang baik-baik. Makanan (sembelihan) Ahli Kitab itu halal bagimu, dan makananmu halal bagi mereka. Dan (dihalalkan bagimu menikahi) perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan di antara perempuan-perempuan yang beriman dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar mas kawin mereka untuk menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan bukan untuk menjadikan perempuan piaraan. Barang siapa yang kafir setelah beriman maka sungguh, sia-sia amalan mereka dan di hari kiamat dia termasuk orang-orang yang rugi – Surah Al-Maidah, ayat 5

5 . Makanan laut

Jika sekali imbas, mungkin tampak senang namun kebanyakan makanan laut yang dimasak di negara barat sering dicampur arak.

Memakan makanan laut merupakan alternatif yang bernas namun anda sebenarnya boleh membuat permintaan kepada tukang masak untuk tidak mencampurkannya dengan arak. Anda boleh mengatakan bahawa anda mempunyai alahan terhadap arak.

6 . No pork, no lard

Ini merupakan konsep yang sering dipandang enteng oleh kebanyakan Muslim. Terutama di Malaysia sendiri. Hanya kerana kedai tersebut mempunyai tanda tiada daging khinzir, tidak bermaksud makanan di situ halal semuanya.

Anda perlu tahu bahawa makanan halal merujuk kepada daging yang disembelih cara Islam, kedai yang bersih dan tiada penggunaan arak. Slogan tersebut langsung tidak membawa erti makanan tersebut adalah halal.

Justeru, anda juga perlu melayari internet untuk mendapatkan maklumat kedai-kedai yang menyediakan makanan halal.

Ke mana jua kita pergi, syariat Islam harus dijunjung dan budaya Melayu perlu dijaga agar setiap perjalanan kita diredai oleh Allah.

Selain itu anda juga perlu mengetahui beberapa nama atau istilah daging khinzir di negara luar seperti Amerika,Jepun,Korea . Hal ini kerana khuatir mereka menjemput kita makan makanan ini.Tapi rupa-rupanya itu adalah daging khinzir.

BACA:  5H4M Jadual Perjalanan Mesra Muslim Osaka-Kyoto-Hiroshima (& Lebih) Dengan JR-WEST Rail Pass

Harap nama-nama makanan berikut kita ingat lah ya dah jauhkan daripada termakan makan tersebut.Terutama ketika berkunjung ke negara Jepun dan Korea.

Jangan lupa kongsikan sekiranya bermanfaat.

 

Sumber: suaramedia.org 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel