≡ Menu

Membawa Doa-doa Insan Ke Kaabah

Membawa Doa-doa Insan Ke Kaabah

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Mona Din di Facebook.

Alhamdulillah, rasanya mjelang subuh pagi ni, saya akn berupaya mhabiskn semua doa2 yg diterima, yg di minta oleh insan2, yg tidak pun saya kenal mereka, yg bderet2 mnunggu, di dlm hp saya !

Saya tidak ingat, apa yg mndorong saya hari itu, unt mpelawa sesiapa yg nak pesan doa, sila pm saya. Apa yg mnyebabkn saya bbuat demikian? Entahlah, saya tak sure..

Cuma yg saya pasti, itu adalah dr kata hati, sesuatu yg mungkin digerakkn oleh Allah.. Dan langsung saya x pernah sangka, tidak sesekali mduga, betapa mesej masuk bderet2, hampir setiap minit ! Setiap kali saya buka hp, tengok bhgn message fb, mak datuk, beratus, semuanya btanda hitam, bderet mnanti nak di baca, dan setelah di baca & di doakn pun, ia ttp masuk lagi, bagai x pernah mahu habis…

Awalnya saya sgt panik. Subhanallah, ada ke masa, nak buka hp, nak baca, nak minta doa? Dan pastinya, doa paling afdal, yg di harapkan, juga yg saya mahu lakukn, ialah di depan Kaabah?..

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sedang hakikat sbenar, saya pun tahu, masa buat umrah sekali pun, bukn senang nak selalu dpt tengok Kaabah, apatah lagi nak berada depan Kaabah, dan baca mesej yg beribu2, dan semua pun tahu, kita org perempuan mana blh simply bawa & guna hp, beg diperiksa, dan hp di rampas, dan semua pesanan doa2 itu, ada dlm hp, dan sekrg musim haji, jemaah bjuta2, btolak2, bsesak2, mcmna saya nak laksanakn permintaan org, yg semuanya sgt mharap???

BACA:  Adakah Boleh Melakukan Akikah Kepada Diri Sendiri Walaupun Telah Dewasa

Mr Hubby kata saya buat kerja gila… Dan sejujurnya..?.. saya pun sgt panik !!!

Tapi saya beritahu Mr Hubby, dan beritahu diri sendiri, andai apa yg blaku ini di gerakkn oleh Allah, telah di izinkn berlaku oleh Dia, pasti Dia akn buka jlnnya, unt saya, mlaksanakannya…

Lalu saya beritahu hati, juga bckp dgn Allah, di bumi suci ini, keajaiban sering blaku.. Dan saya sgt yakin, semua yg blaku di tanah haram, adalah rahsia Allah..
Maka kerana itu, saya terus-terusan bdoa, Ya Allah, jika apa yg aku lakukan ini baik, yg Kau suka, maka Kau pmudahkanlah.., Lalu, saya hanya perlu blapang dada, hanya perlu berusaha, dan slebihnya, saya serahkn pd Dia, pemilik segala-gala.. Dan apa yg saya tidak sedar, sehinggalah selepas Isya’ semalam, bahawa benarlah, apa yg berlaku ini, sbenarnya adalah rahsia & kuasa Allah…ada sebab kenapa Allah bagi ia berlaku !

Rupa2nya, krn dorongn mesej2 tersebut, kerana saya tahu sgt ramai shbt2 yg mharap, kerana mereka x senasib baik saya, yg berezeki buat haji dan berada di rumah Allah, maka tanpa saya sedar, ia mngajar saya erti sebuah tjwb, erti sebuah usaha, erti satu pngorbanan, dan Allah mahu mnunjukkn kpd saya, dgn jelas-sejelas2nya, bhw niat yg baik itu, wlu sukar, tidak akn pernah sesekali mnjadi sia-sia …

Dan kala Isya’ smlm, sebaik mnunaikn solat sunat, airmata saya jatuh blinang.. MasyaAllah, baru saya tersedar, bahawa sejak mjejakkn kaki ke bumi Mekah, hampir setiap waktu solat, rupa2nya saya bsolat di depan Kaabah !…. MasyaAllah, sseuatu yg x pernah terjadi seumur hidup saya, yg rasanya tlh lebih 10 kali saya dah dtg umrah !

BACA:  Panduan Memberi Nama Anak dalam Islam

Masa umrah pun, yg x sesesak mana, saya jrg dpt smbhyg di depan Kaabah. Selalunya dpt tempat di tengah2 MasjidilHaram, kwsan bercarpet & ber aircond, atau lantai paling bwh, tapi ke dua2nya x nampak Kaabah…Selainnya, samada di dataran luar ataupun di dlm Zam2 Mall..

Tapi kali ini, dgn izin Allah jua, kaki saya di permudahkn langkahnya, hati saya bagai di gamit hanya mahu bsolat di sana, dan pintu MasjidilHaram sentiasa masih terbuka, dan Alhamdulillah, ruang unt solat pulak sentiasa ada, untuk saya, berada, di depannya, Baitullah Al Haram. Rasa satu keajaiban bila mmikirkannya, bagaimana musim haji, saya blh bsolat hampir setiap waktu, sambil merenung Kaabah? MasyaAllah…

Dan saya juga tsedar, kerana doa2 itu, ia buat saya terus-terusan mngangkat tgn, bdoa padaNya, di setiap minit dan saat, smntara menunggu masuk setiap waktu, tanpa pun langsung pernah mbuang masa, tertidur atau bbual2 kosong, dgn sesiapa… Betapa doa2 itu, mbantu mngisi setiap ruang masa saya, untuk tunduk, merintih, mmohon dan bbicara denganNya. MasyaAllah, begitu byk rahsia, berkat kiriman doa, sahabat2 semua..,

Tuhanku,
pastinya ini mahuMu..
pastinya ini yg Kau atur untukku..
pastinya jlnku ke rumahMu,
Kau buka seluas-luasnya,
seiring dgn hadirnya,
beribu2 kiriman doa..
Tkasih sahabat2,
Allah hantar anda semua,
untuk sebenarnya,
memudah & mcantikkan,
ibadah2 saya…..
Tkasih Allah
NikmatMu kusyukuri..

Mona Din
2.45 pagi
Burj Al Jawer
Kota Suci Mekah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel