Menerusi portal rasmi Lembaga Zakat Selangor, kita digalakkan untuk membayar kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan.
Ini kerana, ia merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin.
Walau bagaimanapun, hukum dan dalilnya adalah sunat dan dalil galakan kepada individu yang ingin membuat bayaran mengikut harga beras.
Perkongsian daripada Tuan Faisal Rahim, menjelaskan persoalan-persoalan berkaitan bayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan. Semoga bermanfaat.
Sekarang dah ada trend orang kaya makan beras Quinoa (baca:Kinwaa) gantikan beras biasa. Ia lebih sihat sebab tinggi fiber, gluten-free dan banyak lagi.
Tapi harga 400 gram sama dgn beras 10kg yang biasa.
Siapa makan Quinoa, kadar Zakat Fitrahnya berbeza. RM100+ satu kepala. pic.twitter.com/urmjXq0pxu
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 18, 2020
Kalau follow team fitness, kesihatan ramai juga makan Quinoa untuk diet mereka.
Malah ada politicians, selebriti dsb mengaku dah tukar kepada Quinoa 100% dalam makanan seharian mereka.
Tapi ia bukan untuk rakyat marhean. Tapi kalau nak cuba belilah satu paket. pic.twitter.com/xlubPhbqW3
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 18, 2020
Supaya tak salah faham,
Hanya yang makan Quinoa gantikan beras sebagai makanan asasi je berbeza Zakat Fitrahnya. Kalau cuma sesekali tak dikira 😊✌️.
Begitu juga kalau makan beras basmathi, perang sesekali. Tengoklah kebiasaan setahun kita.
Makan kedai? RM7 fitrahnya.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 18, 2020