≡ Menu

Kehadiran Kurang Memberansangkan, Dr. Zulkifli Minta Jemaah Imarahkan Masjid, Surau Zon Hijau & Kuning Di Wilayah Persekutuan

6277 Buah Masjid Dibuka Secara Bersyarat Untuk Solat Jumaat Di Seluruh Negara

Umat Islam diseru agar kembali semula ke masjid bagi menghidupkan semula solat fardhu berjemaah dan aktiviti ibadah lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian sejurus dimaklumkan oleh pihak masjid bahawa bilangan jemaah masih dalam kuantiti yang sedikit.

“Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya bahawa kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan.

“Bermula semalam, masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau serta zon kuning di WP mula dibuka dengan had kapasiti satu pertiga (1/3) daripada jumlah had kapasiti dewan solat utama.

“Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam WP bagi yang berhampiran, pastikan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebook, hari ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ikuti sidang media 100 Hari JPM (Hal Ehwal Agama) yang bakal berlangsung di Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada pukul 1.30 tengah hari ini .

 

Sumber: siakapkeli.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Madam Louisa Chong Peluk Islam, Air Mata Mengalir Kali Pertama Jejak Tanah Suci