≡ Menu

Jemaah Solat Subuh Penuh Masjid Macam Solat Jumaat, Inilah Masjid Paling Meriah Di Malaysia

TEMERLOH: Meriah. Itu yang dapat digambarkan suasana di Masjid Temerloh Jaya (MTJ) di sini, yang pasti penuh dengan jemaah setiap waktu solat meskipun pada waktu Subuh.

Adakalanya masjid yang mampu memuatkan 800 orang itu tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai sehingga melimpah keluar.

Suasana yang biasa dilihat sejak tiga tahun lalu itu adalah hasil inisiatif pengurusan masjid itu yang proaktif melakukan agenda mengimarahkan masjid menerusi pelan strategik 2016-2020.

Pengerusi MTJ, Dr Abdullah Ismail berkata, mereka menggunakan tagline Masjid TJ, Masjid Kita untuk menarik orang ramai, seterusnya membuatkan jemaah merasakan masjid itu kepunyaan mereka.

Katanya, pada peringkat awal, mereka menyasarkan 10 daripada 13 saf dipenuhi jemaah pada solat Subuh dan Isyak walaupun sebelum itu hanya lima saf yang penuh.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Kami melakukan sebaran kepada semua ahli kariah menerusi khutbah Jumaat, pengumuman, kempen rumah ke rumah serta platform media sosial dengan menyelitkan motivasi melalui ayat al-Quran dan hadis mengenai kepentingan solat berjemaah.

“Masjid ini bukan saja tempat untuk beribadah, tetapi juga dijadikan pusat kegiatan penduduk dalam apa juga aktiviti bagi memastikan masjid ini menjadi tumpuan penduduk sekitar,” katanya.

Katanya, MTJ turut menubuhkan Pusat Khidmat Komuniti untuk menjaga kebajikan jemaah masjid termasuk pemberian bantuan kepada yang memerlukan, ziarah mesra serta bantuan persekolahan.

“Malah kami juga menganjurkan aktiviti sukan untuk golongan muda bagi menarik minat golongan berkenaan untuk datang ke masjid.

“MTJ tidak berdepan masalah kewangan kerana ramai pihak bersedekah dan berinfak menjayakan program serta agenda masjid,” katanya.

BACA:  Bayaran Zakat Fitrah Secara Atas Talian Tanpa Akad – Apa Statusnya?

 

Sumber: sehinggit.blogspot.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel