≡ Menu

Jemaah Malaysia Lelaki Berpakaian Wanita di Makkah, Polis Bagi Amaran

Jemaah Malaysia lelaki berpakaian wanita di Makkah, polis bagi amaran

BUKAN sahaja rakyat Malaysia, sebaliknya, isu jemaah lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah khabarnya mendapat perhatian pihak berkuasa di Makkah.

Perkara tersebut dikongsi oleh peserta Pencetus Ummah (PU), Amin yang kini berada di Tanah Suci.

Beliau berada di sana mengiringi jemaah sebagai mutawif.

Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Amin memberitahu, dia telah ditegur oleh polis Arab Saudi dan bertanya sama ada dia mengetahui mengenai isu tersebut.

“Dia tanya hal yang sedang kecoh pasal lelaki berpakai pakaian perempuan itu dari Malaysia ke? Saya kata saya tak tahu cerita (buat buat tak tahu ),” tulisnya di perkongsian yang di buat melalui laman instagram.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut Amin atau nama sebenarnya, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, dalam perbualan dengan polis berkenaan, dia diingatkan agar jangan sesekali ada mana-mana pihak melakukan sebarang perkara yang melanggar undang-undang kerana ini merupakan tempat ibadah dan tempat suci.

Sekiranya ditangkap, jemaah dari Malaysia akan mempunyai masalah untuk menunaikan ibadah umrah.

Perkongsian PU Amin itu ada kaitannya dengan perdebatan panjang orang ramai di Malaysia mengenai seorang usahawan kosmetik popular yang memuat naik hantaran di laman sosial mengenai kunjungannya ke Mekah.

Selebriti yang dipersoalkan jantinanya itu memuat naik foto berpakaian wanita termasuk mengenakan telekung ketika mengerjakan umrah.

Menurut PU Amin, dalam isu berkenaan juga, agensi yang membawa usahawan tersebut tidak bersalah kerana pihak mereka sudah memaklumkan perkara tersebut kepada usahawan tersebut untuk berpakaian mengikut jantina.

Bagaimanapun, usahawan berkenaan dilaporkan tidak mengendahkan peraturan itu.

PU Amin juga memaklumkan bahawa ramai petugas umrah di Mekah telah membuat laporan pada pihak berkuasa mengenai kes tersebut.

BACA:  Isu Uyghur: Seruan Solat Hajat, Qunut Nazilah

Jemaah berpendapat, tindakan yang dibuat usahawan itu sesuatu yang tidak sewajarnya dan ada dalam kalangan mereka yang melaporkan perkara itu kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.

Dalam hantaran yang sama, PU Amin mendedahkan, bahawa sebelum ini ramai pondan dan maknyah menunaikan ibadah Umrah namun perkara tersebut tidak menjadi masalah kerana mereka berihram dan menunaikan solat bersama jemaah lelaki.

 

Sumber: astroawani.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel