≡ Menu

Jangan Jemu Doakan Ibubapa Kita

Jangan Jemu Doakan Ibubapa Kita

1. Rasulullah mendidik para sahabat supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa. Ini kerana, doa kita mampu membantu meninggikan kedudukan mereka di sisi Allah. Sabda Rasulullah:

إِنَّ الله تَبَارَكَ وتَعالى لَيَرْفَعُ لِلرَّجُلِ الدَّرَجَةَ ، فَيَقُولُ : أَنَّى لِي هَذِهِ ؟ فَيَقُولُ : بِدُعَاءِ وَلَدِكَ لك

“Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan seorang lelaki (disisiNya). Lalu lelaki itu bertanya: “Dari mana aku mendapat kedudukan (istimewa) ini? Maka dijawab kepada lelaki tersebut: Kerana doa anakmu buat dirimu.” (HR al-Tabrani)

Perhatikan hadith ini. Rasulullah menceritakan bagaimana seorang lelaki telah diangkat darjatnya disisi Allah melalui doa anaknya buat dirinya!

2. Bahkan, di dalam al-Quran, Allah mengajar kita supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita. Firman Allah:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka (iaitu kedua ibubapa) sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil.” (al-Isra: 24)

Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Qurtubi berkata:

ثم أمر – تعالى – عباده بالترحم على آبائهم والدعاء لهم

“Kemudian Allah memberikan arahan kepada hambanya supaya sentiasa berlaku baik terhadap kedua ibubapa mereka dan mendoakan mereka.” (Tafsir al-Qurtubi)

3. Mendoakan mereka juga adalah sunnah para Nabi. Di dalam al-Quran Allah mendatangkan beberapa contoh Nabi yang mendoakan kedua ibubapa mereka. Antaranya adalah doa Nabi Nuh:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

“Wahai Tuhanku, ampunkanlah kedua ibubapaku dan sesiapa yang masuk ke rumah aku dalam keadaan beriman.” (Nuh: 28)

BACA:  Ini Khasiat Sebenar Bismillah 6, Rugi Tidak Amalkannya..

4. Bahkan sebahagian sarjana Muslim berpandangan bahawa sentiasa berbuat baik kepada ibubapa itu boleh melapangkan rezeki seseorang. Ini kerana menurut al-Imam al-Badr al-Aini, berbuat baik kepada ibubapa itu adalah sebaik-baik amalan dalam menghubungkan silaturrahim. Dan orang yang menghubungkan silaturrahim ini akan dipermudahkan rezekinya di sisi Allah. Sabda Rasulullah:

من أحب أن يبسط له في رزقه فليصل رحمه

“Barangsiapa yang berharap agar diperluaskan rezekinya maka hubungkanlah silaturrahim.”

Dengan itu, jangan jemu mendoakan dan berlaku baik kepada ibubapa kita. Sentiasa doakan mereka seusai solat kita. Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel