≡ Menu

Isteri Curang? Apa Yang Suami Perlu Lakukan; Cerai Atau Tidak?

Isteri Curang? Apa Yang Suami Perlu Lakukan; Cerai Atau Tidak?

Cemburu, cinta dan sayang itu fitrah. Jika tiada perasaan cemburu, bagaimana sesebuah perhubungan yang dibina akan dijaga dan dihargai?

Namun, perasaan itu tidaklah sewenang-wenangnya boleh dihamburkan sehingga berlakunya isu keganasan rumah tangga atau wujudnya istilah ‘queen control’ yang boleh mengganggu-gugat sesebuah institusi perkahwinan yang telah dibina.

Sebaliknya, ia perlu disalurkan ke arah yang benar dan saluran yang betul. Ibn Qayyim menyebut:

Maksud: “Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga). Sesiapa yang tiada perasaan ini, maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya. Kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga menjauhkan daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya, hati akan mati. Maka, matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.” (al-Jawab al-Kafi, hlm. 68)

Berdosa ke atas suami yang dayus dan terlalu bersangka baik ke atas isterinya dengan membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh isteri mahupun anaknya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Begitu juga jika cemburu seorang isteri itu terlalu ketelaluan sehingga menyebabkan rumah tangga bergoyah, ia adalah dilarang. Disebabkan itu, perasaan tersebut perlu dikawal.

Namun, jika wujudnya situasi isteri yang curang, apa yang perlu dilakukan suami? Adakah boleh menceraikan isteri?

Dalam hal ini, ulama berpandangan dengan dua situasi yang boleh berlaku:

#1 – Jika Isteri Telah Bertaubat

Jika isteri telah menyesali perbuatannya dengan sebenar-benar taubat dan memohon ampun di atas perbuatannya itu, sekali gus berubah dengan menjadi wanita solehah (meninggalkan perbuatannya), maka suami perlu memberi kemaafan kepadanya.

BACA:  "Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang, Al-Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang"

Dalam hal ini, suami perlu mempertimbangkan baik buruk di atas setiap keputusan yang ingin dilakukan.

Jika ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental (contohnya trauma dengan perbuatan tersebut), penceraian boleh dilakukan.

Jika memilih untuk meneruskan hubungan perkahwinan tersebut, maka suami perlu bersedia untuk membimbing isteri ke arah yang lebih baik, menjaga rahsia dan aib isteri serta tidak mengungkit masalah itu di masa hadapan.

Namun, kemaafan perlu diberikan kepadanya kerana isteri telah bertaubat dan memohon ampun.

#2 – Jika Isteri Belum Menunjukkan Penyesalan

Situasi kedua ialah apabila isteri belum menunjukkan penyesalan dan tidak bertaubat, maka ia juga bergantung kepada keputusan suaminya.

Jika suami memilih untuk mempertahankan rumah tangga tersebut, maka suami perlu bersedia untuk membimbing isteri ke arah lebih baik. Suami perlu sabar dan tidak menggesa isteri sebaliknya memberi ruang kepadanya untuk berubah.

Dalam masa yang sama, suami mempunyai hak ke atas isterinya dengan memilih cara yang terbaik untuk membentuk isterinya. Namun, ia tidak boleh sehingga berlakunya keganasan.

Bagaimanapun, jika suami diyakini tidak mampu membendung isterinya sehinggakan tiada perubahan yang berlaku, maka sebahagian ulama berpendapat bahawa rumah tangga tersebut tidak boleh dipertahankan. Dibolehkan ke atas suaminya untuk menceraikannya.

Ini adalah berdasarkan kepada pendapat bahawa haram hukumnya ke atas suami yang membiarkan isterinya berzina. Ia termasuk sebagai salah satu dosa besar.

Dari ‘Abdullah bin Umar RA, Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Tiga orang yang tidak akan Allah lihat mereka pada hari kiamat: Orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita tomboi dan lelaki dayus.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 5372. Dinukilkan sahih oleh Syuaib al-Arnauth)

BACA:  Menikah Itu Tentang Berjuang Bersama, Bukan Cuma Urusan Cinta

Kesimpulan

Bagaimanapun, dapat difahami di sini bahawa keputusan menceraikan terletak di atas suami. Jika diyakini suami mampu memberi kemaafan dan boleh membimbing isterinya ke arah lebih baik, maka adalah lebih baik untuk berusaha mempertahankannya.

Wallahu a’alam

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel