≡ Menu

Inilah Hukum Mengucapkan Doa Kebaikan (RIP) Bagi Kematian Bukan Islam

Tiada doa kebaikan (rip) bagi kematian bukan dalam agama islam. Ianya dilarang hatta kepada Nabi sendiri.

Dari Al-Musayyab bin Hazn bahawa Rasulullah shallallahu ‘alahi wasallam menziarahi Abu Talib (pakciknya) di saat-saat dia tenat menghadapi sakaratul maut. Baginda dapati Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umaiyyah bin Al-Mughirah turut berada di sana. Rasulullah shallallahu ‘alahi wasallam bersabda: “Pakcik, ucaplah dua kalimah syahadah, aku akan menjadi saksi kamu di hadapan Allah.”

Lalu Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umayyah mencelah: “Wahai Abu Talib, sanggupkah kamu meninggalkan agama Abdul Muttalib?” Rasulullah tidak berputus asa malah tetap mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah serta berkali-kali mengulanginya. Sehinggalah Abu Talib menjawab sebagai ucapan terakhir kepada mereka bahawa dia tetap bersama dengan agama Abdul Muttalib malah enggan mengucapkan kalimah syahadah.

Rasulullah shallallahu ‘alahi wasallam bersabda: “Demi Allah, aku akan pohonkan keampunan dari Allah untukmu selagi aku tidak dilarang”, sehinggalah Allah menurunkan ayat yang bermaksud: “Tidak dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman meminta ampun bagi orang-orang yang syirik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri. Telah nyata bagi mereka bahawa orang-orang syirik itu adalah ahli Neraka.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Firman Allah bersempena dengan peristiwa Abu Talib bermaksud: “Sesungguhnya engkau wahai Muhammad tidak berkuasa memberi hidayah iaitu petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi supaya dia menerima Islam tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya iaitu menurut undang-undang peraturannya dan Dia jualah yang lebih mengetahui siapakah orang-orang yang ada persediaan untuk mendapat petunjuk memeluk Islam.”

BACA:  Surah Al-Mulk: Penghalang Dari Seksa Kubur

(Sahih Muslim)

 

Sumber: Facebook Oh!Media 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel