
Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Hazri Hashim Al Bindany di Facebook.
SOALAN:
seorang wanita sudah bertunang dengan lelaki A., dan sudah hampir nk melangsungkan perkahwinan hanya tinggal satu bulan lagi.. selepas itu seorang lelaki B masuk meminang wanita tersebut.. walhal lelaki B ni sudah tahu wanita itu sudah bertunang dan akan melangsungkan perkawinan.. lelaki B cakap(saya nk jugak ke wanita itu).. tetapi permintaan lelaki B ditolak..
Soalannya: adakah lelaki B tersebut berdosa kerana masuk meminang orang yang telah bertunang dan apakah hukumnya?
Mohon pencerahan ustaz
Jawapan:
Wanita yang telah dipinang oleh orang lain haram dilamar, kecuali lamarannya telah ditolak atau yang meminang itu telah memberi izin. Larangan ini bertujuan untuk menjaga perpaduan dan persaudaraan Islam.
Perbuatan sengaja meminang tunangan orang adalah haram dan berdosa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ bersabda:
وَلَا يَخْطُبْ بَعْضُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ بَعْضٍ
” Dan janganlah seseorang dari kalian meminang pinangan seseorang yang lain” [ HR Muslim ]
Dalam riwayat yang lain:
Imam an-Nawawi dalam syarah muslim mengatakan;
هَذِهِ الْأَحَادِيثُ ظَاهِرَةٌ فِي تَحْرِيمِ الْخِطْبَةِ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ ، وَأَجْمَعُوا عَلَى تَحْرِيمِهَا إِذَا كَانَ قَدْ صُرِّحَ لِلْخَاطِبِ بِالْإِجَابَةِ ، وَلَمْ يَأْذَنْ ، وَلَمْ يَتْرُكْ .
“Hadis-hadis ini secara jelas menunjukan tentang pengharaman meminang tunangan saudaranya dan para ulama telah bersepakat atas pengharamannya, iaitu apabila telah jelas bahwa peminangan ( yang pertama ) itu telah diterima, dan si peminang (yang telah diterima itu) tidak mengizinkan (orang lain untuk meminang tunangannya itu ) dan dia juga pernah ditinggalkan pinangannya (membatalbatalkan pertunangan ).”
(Al-Minhaj syarh Shahih Muslim 9/179)