≡ Menu

Hukum Jual Beli dan Makan Katak

Hukum Jual Beli dan Makan Katak

Pertanyaan: Assalamu’alaikum, ustaz bagaimana hukumnya memakan katak dan hukum jual belinya? Dari: Rizki Amalia

Jawapan: Wa’alaikumussalam. Hukum Makan Katak. Pendapat yang kuat, katak dilarang untuk dimakan. Hal ini berdasarkan hadis dari Abdurrahman bin Utsman radhiallallahu ‘anhu,

ذكر طبيب عند رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم دواء وذكر الضفدع يجعل فيه فنهى رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم عن قتل الضفدع

Ada seorang doktor yang menjelaskan tentang suatu penyakit di dekat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, doktor itu menjelaskan bahawa katak boleh dijadikan ubat untuk penyakit itu.

Ternyata Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang membunuh katak. (HR. Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, dan sanadnya dinyatakan shahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam riwayat yang lain, dari Sahl bin Sa’d As-Sa’idi,

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن خمسة: “النملة، والنحلة، والضفدع والصرد والهدهد

Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang membunuh 5 haiwan: Semut, lebah, katak, burung suradi, dan burung hudhud. (HR. Baihaqi)

Sebahagian ulama menetapkan kaedah: “Setiap binatang yang dilarang untuk dibunuh maka haram untuk dikonsumsi.” Kerana tidak ada cara yang sesuai syariat untuk memakan binatang kecuali dengan menyembelihnya. Sementara kita tidak mungkin menyembelih yang dilarang untuk dibunuh.

Ketika menjelaskan hadis dari Abdurrahman bin Utsman, As-Syaukani menyatakan,

فِيهِ دَلِيلٌ عَلَى تَحْرِيمِ أَكْلِهَا بَعْدَ تَسْلِيمٍ، أَنَّ النَّهْيَ عَنْ الْقَتْلِ يَسْتَلْزِمُ تَحْرِيمَ الْأَكْلِ

Hadis ini dalil haramnya memakan katak, setelah kita menerima kaedah, bahawa larangan membunuh berkonsekuensi haram untuk dimakan. (Nailul Authar, 8:143)

BACA:  Bolehkah Lelaki Solat Di Atas Sejadah Sutera?

Setelah kita menyimpulkan katak hukumnya haram, konsekuensi selanjutnya adalah haram untuk diperjual-belikan, sebagaimana dinyatakan dalam hadis:

إنَّ الله إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيءٍ حَرَّمَ عَلَيهِمْ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya jika Allah mengharamkan suatu kaum untuk memakan sesuatu, maka Dia akan mengharamkan hasil penjualan barang itu.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Allahu a’lam

Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasi Syariah)
Artikel www.KonsultasiSyariah.com

 

Sumber: rentas.asia

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel