≡ Menu

Wang Hasil Judi Untuk Membayar Hutang – Apakah Hukum Kepada Penerima

Wang Hasil Judi Untuk Membayar Hutang – Apakah Hukum Kepada Penerima

Hutang itu suatu yang wajib dibayar kerana ia merupakan hak manusia yang perlu disempurnakan. Malah, Baginda SAW pernah menyebut mengenai roh orang yang mati syahid namun jika masih ada hutang yang tidak dibayarnya, maka rohnya tetap tergantung.

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu menggunakan wang hasil dari sumber yang haram untuk membayar hutangnya kepada pemiutang seperti hasil dari perniagaan yang haram atau berjudi dan menang loteri, bagaimana pula hukumnya?

Di kawasan kampung pula, ada golongan yang menggunakan wang hasil dari memburu haiwan yang haram dimakan seperti menjual daging babi dan anjing kemudian hasil itu digunakan untuk membayar nafkah kepada isteri atau melangsaikan hutang yang ada.

Jadi, apakah hukum wang tersebut kepada si pemiutang? Adakah boleh menerima dan menggunakannya atau menunggu sehingga si penghutang membayar duit anda dengan menggunakan wang halal?

Hukum Membayar Menggunakan Wang Haram

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Membuat kerja haram dan hasil pendapatan yang diperoleh sudah terang-terangan akan menjadi hasil yang haram.

Jika seseorang itu mengetahui pekerjaannya adalah haram, maka segala sumber yang diperoleh menggunakan wang haram tersebut juga adalah haram.

Sumber yang dimakan dengan menggunakan wang tersebut adalah haram dan hukumnya adalah berdosa. Yang paling utama, ubah pekerjaan anda dan cuba lakukan kerja yang halal.

Ia adalah untuk menjadikan kehidupan anda lebih berkat dan untuk menyelamatkan anda di akhirat kelak.

Namun, jika wang tersebut digunakan untuk membayar hutang, maka hutang anda dikira langsai dan wang tersebut dikira halal kepada si penerima.

BACA:  Hukum Beri Hadiah Pada Kenduri Kahwin

Akan tetapi, dosa wang haram tersebut tetap menjadi tanggungan anda walaupun si penerima tahu dari mana wang tersebut diperoleh.

Ini ada disebut dalam perbahasan ulama’ dan golongan ahli melalui kalamNya yang berbunyi:

Mafhum: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya.”
(Surah Al-An’am, 3:164)

Ini juga ada disebut oleh Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-‘Uthaimin RA ketika ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba.

Beliau menjawab: “Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar.

Jangan risau akan kesalahan dan dosa ke atas bapa kamu. Baginda SAW pun menerima hadiah dari Yahudi, memakan makanan Yahudi sedangkan mereka terkenal dengan riba dan harta haramnya tetapi Baginda memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang itu memiliki dengan jalan yang halal adalah tidak mengapa.”

Sama juga dengan situasi gaji yang dibayar kepada anda adalah hasil dari sumber perjudian atau perniagaan yang haram atau fakir miskin yang menerima bantuan oleh kerajaan dengan sumber wang yang haram – maka, si penerima halal menggunakannya, tetapi dosa tetap ditanggung oleh si pelaku.

Kesimpulan

Justeru, wang yang diberikan kepada anda untuk membayar hutang adalah halal digunakan kerana anda mengambilnya dengan cara yang halal dan ia merupakan hak anda yang perlu dilangsaikan.

Hutang tersebut juga dikira langsai, namun dosanya berkenaan sumber wang tersebut akan ditanggung oleh si pembayar hutang itu sendiri.

BACA:  Hukum Menanam Di Atas Tanah Orang Lain

Oleh itu, berhati-hati dalam melakukan pekerjaan agar sumber yang diperoleh halal dan tidak menjadi sesuatu yang ragu-ragu dalam kehidupan.

Wallahu a’lam.

Rujukan: Mufti Wilayah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel