≡ Menu

Hakim Tilawah Al-Quran Dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul 2018


Datuk Nik Jaafar Nik Ismail yang terkenal sebagai Hakim Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sejak 1993 telah dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.

Beliau juga merupakan Presiden Qari dan Qariah bagi negeri Kelantan dan merupakan seorang pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Walaupun usianya kini 82 tahun, beliau tetap bertekad untuk terus menakbur bakti kepada masyarakat.

“Saya akan terus menabur bakti kepada masyarakat terutamanya ketika saya masih bertenaga,” kata Nik Jaafar kepada pemberita.

Nik Jaafar yang berasal dari Kelantan telah menerima wang tunai RM 50,000, trofi dan sijil penghargaan. Beliau menerima anugera ini daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika majlis sambutan Maulidur Rasul semalam.

Sumber: Sinar Harian

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Mengapa Berkompromi Dengan Arak?