≡ Menu

Garam : Punca Darah Tinggi Dan Pembunuh Senyap 43% Orang Dewasa di Malaysia

Adakah anda tahu berapa banyak garam yang diperlukan oleh badan untuk kekal sihat?

Menurut Dr. Paul Whelton dari Tulane University, sodium adalah penting untuk tubuh manusia dan ia memainkan banyak peranan penting dalam kesihatan seseorang. Tambahnya lagi elektrolit daripada sodium adalah bahan yang larut air dan mewujudkan cas ion positif dan negatif yang boleh membantu mengimbangi jumlah air di dalam badan.

Selain itu, sodium juga bertindak sebagai penyerap glukosa di mana glukosa ini adalah salah satu sumber tenaga bagi tubuh. Sodium juga berfungsi sebagai agen pengangkut beberapa nutrisi yang ada di dalam membran sel tubuh kita supaya semuanya berfungsi dengan sepatutnya.

Cas yang seimbang di dalam dan luar sel kita sangat penting untuk banyak keperluan tubuh badan. Ini termasuklah penyahhidratan, tekanan darah, gerakan urat saraf dan juga otot. Walaupun sodium itu penting, kajian mendapati ramai antara kita terlebih dos dalam pengambilannya seharian. Diet lebih sodium ini dikaitkan dengan masalah seperti :

Tekanan darah tinggi
Sakit jantung
Bengkak
Sukar mengawal nafsu makan
Osteoporosis
Penyahhidratan
Gangguan pencernaan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jumlah garam yang selamat

Menurut American Heart Assosiation (AHA), secara fisiologinya tubuh kita memerlukan kurang daripada 500mg sodium sehari, bersamaan satu perempat sudu teh garam. Namun, hasil kajian mendapati kebanyakan orang mengambil lebih daripada 3000mg sodium setiap hari. 70% dari lebihan sodium itu datang daripada makanan segera atau makanan yang diproses.

Bagi sesetengah orang pula, terjadi kekurangan sodium dan menjadi kondisi yang dipanggil hyponatremia. Ia terjadi apabila sodium menjadi terlalu cair di dalam badan, membuatkan sel menjadi bengkak di dalam air. Kesan dan simptom yang akan dialami adalah seperti sakit kepala, muntah, penat dan akhirnya boleh mengancam nyawa. Antara masalah yang boleh timbul jika kekurangan sodium ialah seperti :

BACA:  Anda Seorang Pesakit Resdung? Kerapa Gatal-gatal dan Tersumbat Hidung?..Ini 7 Tip untuk Pesakit Resdung

Gangguan otot
Gangguan ginjal
Gangguan saraf
Kejang
Pengsan
Hilang ingatan

Makan biarlah berpada-pada

Orang yang sudah berusia dan mempunyai masalah buah pinggang atau mengambil ubat yang boleh mengganggu tahap sodium dalam badan adalah yang paling berisiko terkena hyponatremia. Para atlet juga berisiko dan perlu menggantikan semula sodium yang keluar melalui peluh.

Sekarang anda tahu apa yang perlu anda lakukan terhadap pengambilan garam seharian. Seboleh-bolehnya, elakkan makanan segera atau makanan yang diproses bagi menjaga kesihatan secara umum. Jika diambil berpada-pada, garam sebenarnya bagus untuk kita. Namun, pengambilan garam secara berlebihan sememangnya boleh memudaratkan.

Di negara kita terdapat hampir 5 juta orang atau sebanyak 43 peratus golongan berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi. Lebih menakutkan ialah ramai tidak menyedarinya. Ditambah pula dengan amalan hidup yang kurang sihat, penyakit ini menjadi salah satu “pembunuh paling senyap” di Malaysia.

 

Sumber: iluminasi.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel