≡ Menu

Galaksi Baru Yang Dijumpai Wanita Turki Ini Dinamakan Sempena Namanya

Burcin Mutlu-Pakdil membesar dengan minat yang unik, iaitu gemar memerhatikan bintang-bintang di langit pada waktu malam. Siapa sangka minat seorang anak warga Turki ini akhirnya berjaya menjadikan beliau seorang Ahli Astrofizik.

Segalanya bermula apabila beliau perlu melakukan kajian tentang seorang tokoh ketika di bangku sekolah.

“Saya bertanya pendapat kakak, siapakah tokoh yang boleh dikaji, lalu kakak mencadangkan Albert Einstein, seorang saintis terkemuka”

Bermula dari situlah, beliau jatuh cinta dengan ilmu Fizik dan tenggelam dalam pembacaannya tentang alam semesta. Apabila beliau ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang Fizik, beliau perlu berhijrah dari Istanbul ke Ankara memandangkan peluang pengajian di situ lebih luas. Namun suara-suara negatif daripada jiran dan rakan-rakan di sekeliling mula kedengaran.

“Walaupun keluarga saya menyokong keputusan dan cita-cita saya, rakan-rakan dan jiran mula melemparkan komen bahawa perempuan tidak seharusnya meninggalkan rumah untuk menuntut ilmu”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bahkan apa yang mengecewakan kata Mutlu-Pakdil , profesor di sekolahnya juga mempersoalkan keputusannya untuk berpindah ke Ankara semata-mata untuk mempelajari sains.

“Ketika waktu itu, golongan wanita di Turki memang tidak dibenarkan memakai tudung apabila hadir ke universiti, dan sebagai seorang wanita yang menceburkan diri ke dalam bidang Fizik, saya memang rasa tersisih namun terpaksa memujuk diri sendiri untuk tidak mempedulikan pandangan orang lain”

“Saya terpaksa memakai topi ketika itu untuk menutup kepala, namun ia sangat tidak selesa. Saya dipandang serong kerana saya seorang wanita yang menceburkan diri dalam dunia sains, ditambah pula saya perlu mengubah penampilan menjadi orang lain”

BACA:  Detik Rasulullah SAW Menghadapai Sakaratul Maut

Namun berkat kegigihannya, Mutlu-Pakdil akhirnya berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjananya seterusnya menyambung pengajian peringkat ijazah di Texas Tech University. Beliau tidak berhenti setakat itu sahaja, bahkan menyambung pula pegajian peringkat PhD dalam bidang Astrofizik di Universiti of Minnesota-Twin Cities.

Kini namanya disebut-sebut sebagai wanita Islam yang menjumpai satu galaksi baru yang unik dan menakjubkan. Galaksi tersebut akhirnya dinamakan sempena namanya sendiri iaitu Galaksi Burcin.

Katanya ketika dijemput ke TedTalk, beliau melakukan persediaan berkali-kali kerana apa yang yang akan disampaikan berkaitan penemuannya agak berat dan sukar difahami. Tegas Mutlu-Pakdil dalam ucapannya, walaupun gagal, kita perlu cuba lagi dan lagi.

“Anda mungkin tidak akan mendapat keputusan yang diiginkan pada percubaan kali pertama. Namun setiap kali anda gagal, anda harus bangkit, dan cuba lagi. Akhirnya anda akan mendapat apa yang diinginkan”

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel