BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, perkataan yang paling ringkas yang mempunyai banyak kelebihan dan hikmah disebalik pengucapannya. Namun sukar untuk kita ucapakan dalam perbuatan seharian . Sabda Rasulullah “barangsiapa yang membaca BISMILLAH 21 kali sebelum tidur maka ia akan dilindungi dari gangguan syaitan sepanjang tidur.”
Dalam kehidupan seharian kita seelok-eloknya membaca BISMILLAH sebelum melakukan sesuatu perkara kerana boleh menghindari dari penggunaan syaitan. Sebagai contoh dalam penyidaian, menyimpan atau memakai pakaian kita disarankan membaca BISMILLAH tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian dan ketika menggunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.
Terdapat satu kisah pada zaman dahulu, seorang isteri yang sering menggunakan kalimah BISMILLAH dalam setiap kehidupan seharian samada membasuh, mengemas rumah, memasak, menyidai pakaian dan sebagaianya. Pada suatu hari si suami yang ingin menguji isterinya telah memberi seketul emas dan menyuruh isterinya menyimpan didalam almari, si isteri membaca BISMILLAH sewaktu mengambil ketulan emas dari tangan suaminya dan sewaktu hendak meletakkan didalam almari. Selang beberapa hari kemudian si suami telah mengambil ketulan emas tersebut dan membuangnya ke laut, sewaktu sebelah petang si suami meminta isterinya mengambil ketulan emas tersebut dan sewaktu membuka alamari, si isteri membaca BISMILALAH dan mengambil ketulan emas yang basah dan berasa hairan kenapa emas tersebut basah dengan keajaiban itu , lalu si suami beristighfar dan menceritakan semuanya kepada si isteri.
Penggunaan bismilaah juga boleh menghindari dari terkena perbuatan sihir, dalam satu kisah yang berlaku di sebuah restoran, beliau membaca bismillah sebelum hendak minum air , tetapi gelas tersebut peacah dengan serta merta, kerana Allah telah membantunya dari terkena sihir dengan memecahkan gelas tersebut. firman Allah “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (surah Ibrahim 7).
Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita tidak dilupakan juga kepada lelaki, kerana terdapat banyak golongan dari wanita yang tanpa sedar telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin kita dengar tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya , oleh itu digalakkan kepada kaum wanita membiasakan diri membaca BISMILLAH dalam kehidupan seharian .
Semoga kita mendapat keberkatan dalam kehidupan seharian dengan membaca bismillah sebelum melakukan sesuatu perkara yang hendak dilakukan. kerana BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah permulaan dalam al-Quran dan permulaan dalam kehidupan seharian.
Oleh: AIDA SHUHADA MUHAMAD SALIM, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama