≡ Menu

Daun Sekentut – Ulam Yang Berkhasiat Untuk Diambil Dalam Pantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya doakan anda sihat dan gembira hari ni 🙂

Hari ini saya nak berkongsi tentang khasiat daun sekentut. Apa daun sekentut tu…..?

Daun sekentut adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan beriklim tropika macam Malaysia ni…

Daun sekentut merupakan antara daun yang boleh dimakan sebagai ulam sewaktu dalam pantang selepas bersalin kerana khasiatnya yang boleh membantu membuang angin dalam badan dan mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Nama sekentut diberikan sebab daun dan batangnya akan mengeluarkan bau seakan-akan sulfur bila dihancurkan atau dilumatkan.

Bagi masyarakat Melayu, daun ini banyak digunakan sebagai penyedap bau dan pembuka selera apabila dicampurkan dengan ulam-ulaman yang lain dan dijadikan nasi ulam. Baunya yang seakan sulfur itu akan hilang selepas dicampur dengan ramuan lain.

Daun sekentut juga boleh digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi. Caranya adalah dengan menumbuk halus daun sekentut kemudian diperah untuk mendapatkan airnya. Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang gatal-gatal atau di bintik merah berkenaan.

 

Sumber: www.bengkungmoden.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Adakah Rokok Nikmat Atau Azab?