≡ Menu

Covid-19: Tukar Laungan Azan Di Masjid ‘Tunaikanlah Solat Di Rumah Kalian’ Tidak Salah – Dr Zulkifli

Covid-19: Tukar Laungan Azan Di Masjid ‘Tunaikanlah Solat Di Rumah Kalian’ Tidak Salah – Dr Zulkifli

Laungan azan diubah sedikit dari ‘Marilah menunaikan solat’ kepada ‘Tunaikan solat di rumah anda’ tidak salah kerana membawa maksud yang sama, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu sidang media.

Ianya bagi menggalakan umat Islam supaya tidak berjemaah di masjid dan hanya menunaikan solat fardhu di rumah susulan penularan Covid-19 yang membimbangkan di beberapa negara termasuk Malaysia.

”Pertama sekali dari segi maknanya tidak salah.

”Kenapa? Kerana makna itu memberi makna kalau disebut ”Haiya ‘Alas-salah” maknanya masih mengajak orang ke masjid, jadi itu menandakan mereka suruh sembahyang di rumah masing-masing. Ini kebetulan dengan hadis Nabi SAW,” kata Zulkifli.

Isu ini menjadi tular di media sosial apabila lafaz laungan azan di masjid Kuwait diubah sedikit berbanding kelaziman kerana situasi genting penularan wabak Covid-19 yang memaksa pihak berkuasa Kuwait mengarahkan penutupan sementara masjid.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Berikutan penutupan rumah ibadat tersebut, lafaz azan telah diubah daripada makna asal ‘Marilah menunaikan solat’ kepada ‘Tunaikanlah solat di rumah anda.’

 

Sumber: siakapkeli.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  "Ada Tanda-Tanda Awal Kita Berjaya Kekang Penularan Covid-19" – Dr Noor Hisham