≡ Menu

Cara Urus Harta Jika Suami Meninggal, Meninggalkan Ibu, Isteri & Anak Lelaki

Cara Urus Harta Jika Suami Meninggal, Meninggalkan Ibu, Isteri & Anak Lelaki

Suami meninggal, meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki..

  • Ibu dapat 1/6
  • Isteri dapat 1/8
  • Anak lelaki dapat baki keseluruhan
  • Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki

Walaupun anak lelaki itu bawah umur.. walaupun anak lelaki itu masih kecil.. walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.. dia tetap ada hak faraid dia. Kalau tak tau pasal harta pusaka, janganlah tunjukkan sangat kejahilan tu. Isteri ada hak untuk uruskan harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya.

Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit? Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid?

Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu:

  1. Belanja pengebumian.
  2. Selesaikan hutang2 si mati.
  3. Badal haji jika belum menunaikan haji.
  4. Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris).
  5. Laksanakan hibah jika ada.
  6. Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri terlebih dahulu
  7. Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka.

Dah tolak semua di atas bakinya barulah boleh difaraid.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bahagian anak bawah umur, ibunya boleh jadi pentadbir dan pemegang amanah. Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya. Tak semestinya kena tunggu 18 tahun baru boleh digunakan harta2 tu. Umur 18 tahun tu untuk proses tukarnama dari nama pentadbir kepada nama anak tu. Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.

BACA:  Status Iddah dan Harta Pusaka Wanita yang Ditalak Satu Kemudian Mati Suaminya

Sesungguhnya..
Perebutan harta pusaka itu benar.
Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.
Persengketaan dan salah faham tentang harta pusaka itu benar.
Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.
Campurtangan dari waris2 yang tidak berkenaan itu juga benar.

Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya. Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah. Belajarlah dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.

“Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Surah An-Nisa : ayat 10)

Sumber: Roslina Sabiyah & Co.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel