≡ Menu

Bolehkah Meletakkan Syarat Kepada Suami Untuk Tidak Berpoligami

Bolehkah Meletakkan Syarat Kepada Suami Untuk Tidak Berpoligami

Masyhur sebuah kisah mengenai Rasulullah SAW yang tidak mengizinkan Ali bin Abi Talib untuk melaksanakan poligami selagi beliau memperisterikan Saidatina Fatimah.

Sebenarnya penjelasan daripada kisah ini adalah apabila Baginda SAW melarang Ali untuk bernikah dengan anak perempuan Abu Jahal untuk dijadikan sebagai isteri kedua. Umum mengetahuinya, Abu Jahal adalah tokoh Quraisy yang sangat kuat penentangannya terhadap Islam.

Baginda SAW tidak melarang poligami, namun ia ditegah terhadap Ali bin Abi Talib kerana beliau adalah wali Allah dan Baginda tidak mengizinkan Saidatina Fatimah untuk bermadu dengan anak kepada Abu Jahal.

“Sungguh, aku tidak mengharamkan yang halal, tapi demi Allah tidak akan bersatu puteri Rasulullah SAW dengan puteri dari musuh Allah dalam satu tempat, selama-lamanya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2449)

Dalam riwayat lain, Baginda berkata: “Kerana puteriku adalah sebahagian daripada diriku. Apa yang meragukannya akan membuatkanku ragu. Apa yang mengganggunya akan membuatkanku terganggu.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bolehkah Meletakkan Syarat Untuk Tidak Berpoligami

Poligami merupakan salah satu syariat yang disunnahkan dalam Islam. Terdapat beberapa dalil yang menghalalkan poligami, namun ia perlu dilakukan mengikut syarat yang ditetapkan seperti melihat kepada kepada kemampuan diri sendiri dari pelbagai aspek.

Baginda SAW mula berpoligami selepas wafatnya Saidatina Khadijah. Walau bagaimanapun, kisah masyhur di atas menjadi bukti bahawa poligami itu juga perlu dilakukan atas persetujuan isteri. Menjaga hati isteri dan berbincang dengannya sebelum membuat keputusan – ia adalah perbuatan yang betul berbanding bertindak secara sembunyi.

BACA:  Petua Penting Dalam Meningkatkan Kehamilan Secara Moden & Tradisional Yang Mungkin Membantu Anda Mendapatkan Zuriat.

Bahkan, kebanyakan wanita yang akan berkahwin akan berbincang terlebih dahulu untuk meletakkan syarat mengenai poligami.

Menurut pendapat yang telah dinyatakan oleh mazhab Hanafi dan Syafi’e seperti Imam Al-Nawawi, Ibn Hajar al-Haitami dan Syeikh Zakariyya Al-Ansari – hukum bagi perlakuan ini adalah fasid kerana telah menghalang perkara yang diharuskan syara’. Namun, perkahwinan itu sendiri adalah sah dan tidak batal.

Begitu juga dengan pandangan yang diberikan oleh Imam Malik, iaitu syarat yang dilakukan adalah batil tetapi nikah itu tetap sah.

Meletakkan syarat seperti ini adalah dibenarkan selagi ia tidak melanggar hukum-hakam Islam sendiri. Menurut pendapat jumhur ulama seperti Syaikh Islam Ibnu Taimiyah melalui Majmu’ah Al-Fatawa juga menyebut bahawa, selagi syarat itu bersesuaian dan tidak mendatangkan kemudaratan, maka ia adalah dibenarkan.

Jika terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan syarat itu dibubarkan, maka ia boleh dilakukan berdasarkan persetujuan kedua belah pihak (mereka yang terlibat dalam syarat tersebut.

Ia ada dinyatakan berdasarkan sabda Nabi SAW:

أَحَقُّ الشُّرُوطِ أَنْ تُوفُوا بِهِ مَا اسْْتَحْلَلْتُمْ بِهِ الفُرُوجَ
Maksud: “Syarat-syarat yang paling berhak kalian penuhi adalah syarat yang menghalalkan kemaluan wanita bagi kalian.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2721)

Kesimpulan

Tuntasnya, jika wanita meletakkan syarat untuk tidak berpoligami selagi mana diyakini beliau juga mampu menunaikan haknya sebagai isteri dan syarat yang diletakkan itu tidak bercanggah dengan Islam, maka ia adalah sah dan perlu dipenuhi.

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel