≡ Menu

Bolehkah Escargot Atau Siput Babi Dimakan?

Mengapa siput babi tidak boleh dimakan sedangkan siput sedut boleh dimakan?

Siput babi atau dalam bahasa saintifiknya Anchatina Fulica, merupakan siput daratan. Ia adalah haiwan moluska, iaitu binatang tanpa tulang, bercengkerang dan berjalan dengan perut (gastropoda).

Siput babi berbeza dengan siput akuatik kerana siput babi bernafas dengan menggunakan paru-paru (pulmonata), manakala siput akuatik menggunakan insang. Dari segi organ pembiakan pula, siput babi merupakan haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina.

Bagaimana Islam Menilai Haiwan Ini

Di dalam Islam, haiwat darat yang halal dan haram dimakan dibahagikan kepada tiga kategori seperti di bawah:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Haiwan Yang Langsung Tidak Mempunyai Darah (Haram)

Contohnya lalat, lebah, semut dan seumpamanya. Haram kepada manusia memakan haiwan ini kerana ia tergolong dalam kategori al-khabisah/al-khabaith iaitu haiwan yang dipandang jijik oleh masyarakat Arab.

2. Haiwan Yang Tidak Mengalir Darahnya (Haram)

Contohnya seperti kutu, cicak, tikus, dan seumpamanya. Haiwan daripada jenis ini diharamkan kerana ia tergolong dalam kategori al-khabaith dan setengahnya mempunyai racun yang memudharatkan manusia.

3. Haiwan Yang Mengalir Darah (Halal Dan Haram Dimakan)

Haiwan Jinak

Haiwan yang mengalir darahnya. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu haiwan jinak dan haiwan buas. Haiwan jinak daripada kategori Al-An’am adalah halal dimakan seperti unta, lembu, dan kambing. Begitu juga halal dimakan haiwan jinak dari kategori burung seumpama ayam dan itik.

Haiwan Buas

BACA:  Wanita Ini Kongsi Cara Delete Akaun Facebook, Bila Pemiliknya Meninggal Dunia

Haiwan buas haram dimakan dan bertaring seumpama singa dan harimau serta burung yang menggunakan kuku sebagai pemangsa seperti helang dan kelawar, ia adalah haram dimakan. Lihat al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh (4/2793)

Hakikatnya siput babi adalah kategori binatang yang disenyapkan syara’ – tidak disebut secara jelas sama ada haram atau halal. Namun berdasarkan ijtihad para Imam empat mazhab yang utama, maka beberapa hukum telah digariskan.

Menurut Mazhab Syafie, siput babi tergolong dalam kategori kedua iaitu, haiwan yang tidak mengalir darahnya dan dikira keji (khabisah) dan haram.

Sedangkan fuqaha Hanafiah dan Malikiah mengatakan bahawa haiwan ini jenis suci sekalipun haram dimakan. Berdasar fuqaha Hanabilah, haiwan yang tidak mempunyai darah mengalir sekiranya lahir daripada sumber (makanan) yang suci maka dianggap suci tetapi jika ia lahir daripada sumber yang kotor seperti ulat kebun dan lipas, maka ia haram dimakan.

Hukum Memakan Escargot

Escargot pula adalah sejenis siput yang berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di negara Eropah, contohnya Amerika Syarikat, Australia dan Bulgaria. Bagi mereka yang selalu berkunjung ke negara-negara ini, pastinya hidangan escargot bukan suatu yang pelik. Escargot adalah namanya dalam Bahasa Perancis dan dikenali sebagai siput babi dalam Bahasa Malaysia. Dalam Bahasa Arab siput babi dikenali dengan nama ‘Halazun’.

Jenis siput yang dipanggil escargot sebenarnya agak berlainan sedikit dengan siput babi yang kita kenali. Siput babi adalah dari kategori helix aspersia manakala escargot adalah dari kategori helix pomatia, namun kedua-duanya masih tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix.

Seperti yang telah diterangkan di atas, escargot atau siput babi adalah tergolong dalam kumpulan hasyaraat iaitu haiwan kecil yang melata dan menjalar. Dalam Mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam katergori hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah).

BACA:  5 Jenis Tidur Yang Disebutkan Dalam Al-Quran

Berdasarkan firman Allah SWT:

“…dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…” (Surah Al-‘Araf 7:157)

Mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa escargot/halazun adalah haram dimakan kerana ia bukan haiwan yang disembelih dan jika ia mati, ia tergolong sebagai bangkai. Wallahua’alam.

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel