≡ Menu

Bila Kita Nak Boikot Riba?

Riba pasti boleh boikot sebab memang jelas haram.

Boikot riba dapat pahala pulak tu.

Jom boikot riba dalam:

1. Perbankan konvensional.
2. Insurans konvensional.
3. Forex trading.
4. Kebanyakan scam.

Allah SWT berfirman: “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 275)

Jom! Kita ajak keluarga dan kawan2 kita…

Boikot Riba! Boikot Judi! Boikot Rasuah!

Insya Allah!

Jom kejar syurga. Jom elak kekal dalam neraka. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasuNya. Insya Allah

 

Sumber: Ustaz Lariba

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Isteri Yang Berhutang Untuk Keperluan Anak, Adakah Kewajipan Suami Untuk Membayar