≡ Menu

Berlumba-lumba Menjadi Yang Pertama ‘Share’ dan ‘Viral’ Tanda Akal Tidak Sihat

Perkembangan teknologi sangat besar menafaatnya tetapi tidak dapat dinafikan juga betapa besar pula keburukkannya. Era media sosial juga mengheret imej buruk dan keji seperti kebiasaan menyebarkan berita bohong dan dusta.

Aqal yang sihat dan terdidik dengan agama sentiasa berhati-hati sebelum melakukan tindakkan ‘viral, share, like, forward, retweet’ dan yang seumpamanya. Tetapi atas desakan nafsu serakah dan kuman kebodohan yang bersarang di otak maka gelaran “aku orang pertama yang viral benda ni”, “aku orang pertama share” dan “aku orang pertama like” maka hilang tanda aqal yang sihat dan masyarakat menjadi mangsa seterusnya merugikan agama, bangsa dan negara.

Al-Mughirah bin Syu’bah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda :

إِنَّ اللَّهَ كَرِهَ لَكُمْ ثَلاَثًا: قِيلَ وَقَالَ، وَإِضَاعَةَ الْمَالِ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ

Artinya : “Sesungguhnya Allah sangat benci pada diri kamu akan tiga perkara yaitu (1) Menyebarkan berita “dikatakan begitu dan kata orang ini begini.” (2) Menyia-nyiakan harta dan (3) Banyak soal.” (Hadith Bukhari)

Berita dan cerita palsu dan dusta ini disebarkan dengan beberapa sebab dan tujuan. Antaranya kerana melariskan perniagaan, menjatuhkan lawan, menaikkan kedudukan sendiri, mengaibkan orang lain, mencari pengaruh, memenangkan kepalsuan, sikap penting diri, ta’asub, mengalahkan yang haq, teroja dengan suatu yang baru didengar dan tak kurang adalah kerana suka-suka.

Tidak kira apa sahaja tujuan dan sebab semua kepalsuan dan pembohongan begini adalah haram dan berdosa. Pelakunya dan orang yang menyebarkannya dan yang bersetuju dengannya adalah fasiq yang hilang harga diri. Sungguhnya orang fasiq tidak diterima menjadi wali atau saksi kerana tidak bolih lagi dipercayai.

BACA:  Tiga Ciri-ciri Orang Soleh

Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah saw bersabda :

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Artinya : “Cukuplah seorang itu mendapat gelaran pendusta dan pembohong bahawa menyampaikan ia akan semua perkara yang dia telah dengar.” (Hadith Muslim)

Di dunia ini orang yang suka berkata atau menyebarkan perkara yang dusta atau palsu disebut sebagai ahli fujur yakni orang jahat dan di akhirat pula tempatnya adalah neraka.

Rasulullah saw bersabda :

وَإِيَّاكُمْ وَالكَذِبَ فَإِنَّ الكَذِبَ يَهِدِى إِلىَ الفُجُوْرِ وَإِنَّ الفُجُوْرَ يَهْدِي إِلىَ النَّارِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيتَحَرَّى الكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كذاباً

Artinya : “Dan jauhilah oleh kamu semua akan suka berbohong dan berdusta dari kerana sesungguhnya dusta itu mengheret pelakunya kepada kejahatan dan kejahatan itu akan mengheretnya kepada kepada api neraka. Orang yang suka berdusta dan berusaha untuk selalu melakukan kedustaan akan ditulis namanya disisi Allah sebagai ahli dusta.” (Hadith Muslim)

Maka dimanakah kelebihannya dan menafaatnya rasa hebat menjadi orang terawal “viral, share dan like” kalau di dunia mendapat gelaran fasiq manakala di akhirat pula api neraka sedang menunggu.

Wallahua’lam

 

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel